July 2007

SJ-08-0041 : niat bersyarat

:salam

bolehkah/patutkah seseorg hamba meletakkan 'syarat' pada niat? cth niat utk puasa (sunat) keesokan hari kalau Allah izin utk bgn awal dan sahur. skali sedar masa tak cukup utk buat kopi, maka dia membatalkan niatnya utk berpuasa pd hari itu. kenapa?- sbb kalau tak minum kopi waktu pg dia akan sakit kepala sepanjang hari (tiada dalil, cuma kebiasaannya begitu).

adakah jwpnnya lain jika niatnya adalah utk puasa wajib (qadha)?

jzkk

:wassalam

SJ-05-0217 : Solat menghadap kubur

Jazakallah, kerana menjawab persoalan saya dahulu :mrgreen: , amat bererti bagi orang yang jahil seperti saya. ::cry:

Quote:
Do not pray towards the graves, and do not sit on them

Aslmkm,
Masjid di kampong saya qiblatnya menghadap kubur, macam mana? Adakah perlu saya solat di surau lain, tapi solat Jumaat hanya di adakan di masjid berkenaan sahaja di kampong saya.

Maafkan saya yang jahil ni.........terima kasih

SJ-10-0050 : Daging Anjing

:salam

ABCD ada satu pertanyan berkaitan dgn daging anjing. hari tu ada dega ceramah dr MAZA yang mana katanya daging anjing tu dok haram dale mazhab maliki. tapi bila ABCD tanya sain pasal ni, dia kata mazhab malili tak der plak kata lagu tu.

jadinya, harap para ahli ilmuan smua dapat nyatakan yg betul. kalau boleh, nyatakan sumber rujukan. nanti ABCD cuba untuk rujuk balik kitab asal atau sumber rujukan tu sekiranya ada dalam tangan ABCD rujukan tersebut.

sekian, wassalam...

yb: ABCD

SJ-12-0175 : Menggugurkan Kandungan

:salam

Isteri saya baru sahaja melahirkan anak sulong kami pada April yang lalu melalui kaedah Ceaserean. Mengikut nasihat saudara mara dan kenalan yang lain, masa untuk benar-benar pulih dari operation tersebut adalah dalam 1-3 tahun. Walau bagaimanapun, isteri saya sudah lewat datang haidnya dan kami jangkakan yang dia telah mengandung (Tak buat pregnancy test lagi).

SJ-11-0100 : Zakat pendapatan & simpanan (Sambungan)

Assalammualaikum...
Terima kasih ustaz atas jawapan yg diberikan sebelum ini...cuma saya nak jelaskan lagi situasi saya ni utk penilaian ustaz...saya buka checking account start 06/19/2006 dgn duit simpanan permulaan sebanyak USD 2000..saya buka checking account sbb takde terlibat dengan faedah..kalau buka savings account diorang bg faedah yg saya takut terkandung riba...saya tak pasti ada perbezaan atau tak antara savings account dgn checking account dalam penentuan zakat tapi sy bgtaulah jugak kat sini takut2 ada beza...

SJ-15-0006 : Asya'irah

Assalamualaikum

Saya banyak mendengar ceramah berkenaan masalah pegangan ahlul sunnah yang sebenar. Dalam satu ceramah ustaz menyatakan golongan asyairah (sifat 20) mempunyai unsur2 muktazilah.

manakala seorang ustaz lagi bukan sekadar menyatakan sifat 20 salah malah terkeluar daripada ajaran islam yang sebenar kerana mmg muktazilah sudah keluar daripada Islam

tetapi saya juga terbaca bahawa ulama2 besar Islam yang banyak orang ikut bermanhaj asyairah spt Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fakhruddin ar-Razi.

soalannya

SJ-11-0099 : Zakat pendapatan & simpanan

Assalammualaikum...
Saya nak tanya sikit perihal zakat ni...saya cerita dulu situasi saya...saya sekarang sedang belajar di US dan bekerja sambilan...di samping tu sy ada kumpul sikit wang simpanan yg saya simpan dari wang biasiswa dan jugak duit kerja sambilan yg saya buat...dalam bank saya sekarang ada lebih kurang USD 2800 (lebih kurang RM 10000 kot). Dalam perancangan tu nak buat beli kereta lah kot bila balik nnt (tak pun nak buat duit kawin). Saya ada search arkib ahkam berkenaan perkara ni dan sy jumpa jawapan dr ustaz THTL berkenaan perkara ni seperti di bawah: