September 2007

SJ-14-0092 : Hadith/Athar berkenaan Lukisan/Ukiran

:salam

Setelah membaca fatwa Syeikh Al-Qaradhawi, barulah saya paham status lukisan/ukiran/karikatur/etc di sisi syara'. Cuma saya perlukan maklumat tambahan berkenaan bbrp hadith/athar lain barangkali byk tetapi tidak dinyatakannya.

i) Ada ustaz beraliran tradisional ni sebut satu hadith psl Aisyah buat jahitan pada sarung bantal (kalu x silap) bergambar burung. Lalu Nabi saw menyuruhnya membaringkan bantal tsb n tidak meletakkannya tegak. Rasanya hadith ni Dha'if, kan? Minta verifikasi tetuan

SJ-08-0072 :Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

Assalamualaikum...

Saya bertugas sbg seorang pegawai pergigian. Masalah saya, pada bulan puasa setiap tahun, boleh dilihat dgn ketara sekali ramai kaum lelaki (terutamanya yg muda2) datang ke klinik pergigian dengan aduan 'sakit gigi', 'ingin rawatan scaling (cuci karang gigi)', 'ingin tampalan', 'ingin cabutan', 'bengkak' dan sebagainya.

SJ-12-0209 : Cinta Dengan Penzina

Assalamualaikum wbr yang mulia ustaz.. Saya nk mendapatkan justifikasi tentang soalan di bawah:

Saya berkenalan dengn serius dengan seorang lelaki. Setelah sekian lama, saya mendapat tahu drpd beliau yang mana beliau pernah terlibat dengan zina sebanyak 2 kali sebelum mengenali saya. Beliau menyatakan bahawa beliau telah berubah dan bertaubat.

SJ-07-0087 : do'a...

:salam

ade satu kemusykilan...

1) jikalau kita berdoa seorg, bolehkah kite berdoa di dlm bentuk jama'?Ini adalah krn byk doa dr nabi dan al-quran adalah di dlm bentuk jama'. Adakah perlu ditukar kpd bentuk mufrad?

2) klu berdoa berdua pula (cth: dgn isteri), adakah perlu pula berdoa dlm bentuk muthanna?jika perlu,bagaimana bg mereka yg tiada/kurang pengetahuan di dlm bahasa arab?Adakah boleh berdoa dlm bentuk jama'?

terima kasih.

SJ-08-0069 : Lailatul Qadar: Malaikat pilih masjid?

:salam

Saya pernah diberitahu oleh seorg ustaz bhw pada mlm LailatulQadar, malaikat akan turun ke masjid yg dibina dgn sumber kewangan yg benar2 halal sahaja. Dia membawa satu contoh sebuah masjid besar di **tooot** yg pernah ditaja sebahagian pembinaannya oleh seorang tokey panggung wayang. Maka, malaikat x turun kat situ. Apa pendapat tetuan panel?

jkk
:wassalam
::roll:

SJ-05-0279 : Niat Dalam Ibadah

Ahli Panel,
Apakah konsep sebenar niat dalam solat?
Adakah ia dimaksudkan dengan kata2 yang berlegar dalam fikiran kita mengenai perlakuan kita utk menunaikan solat?
Cth Formal : Sahaja Aku Sembahyang....2 Rakaat...Kerana Allah Talla

Bagaimanapun, sifat solat nabi tiada usolli...bagaimana tu?

Bolehkah dikira niat kalo mcm ni : (Org Kedah).."Nk semayang lehoq sat"
Dan sudah diketahui dlm hatinya, semayang sememangnya ikhlas kerana Allah...

Adakah niat perlu dlm keadaan bersedia di atas sejadah ataupun boleh sambil berjalan?

SJ-05-0275 : Sifat solat nabi : non tartil

Adakah di mana2 hadis, tak kira apa pun statusnya yang mendescribekan nabi bersolat dengan membaca quran tanpa tartil (e.g baca fatihah senafas dan sewaqaf).

Adakah juga di mana2 hadis tak kira statusnya yang mendescribekan speed recital quran di luar solat?

JKK.

SJ-01-0091 : Keliru dengan konsep 'Keikhlasan'

:salam

Saya masih terkonfius dgn ciri2 keikhlasan dalam Islam. Saya bawakan situasi:-

i) Ramai penceramah berkata kalau belajar tinggi2 (cth: phD) SEBAB nak gaji tinggi atau title, maka dikira tidak ikhlas.

ii) Ada ustaz kat tmpt saya ni sangat tegar pasal ikhlas, sampai katanya kalau dtg masjid sebab nak dengar ceramah, dikira tak ikhlas ~ maksudnya hanya mesti kerana Allah sahaja. Pernah sy terdetik nak tanya dia, yg dia tu dtg masjid bagi ceramah seminggu sekali sebab dijemput AJK masjid, kira ikhlas juga ke tuh??