September 2007

SJ-14-0089 : Nardasyir=Catur?

Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya r.a., katanya Nabi SAW bersabda : "Siapa yang bermain permainan Nardasyir (sejenis catur), maka seolah-olah dia melumuri tangannya dengan daging dan darah babi."
(riwayat Imam Muslim)

Adakah mutlak diharamkan catur atau chess?

mohon pencerahan,

JKK..

SJ-14-0087 : Albani vs Muslim

Hadis : Nabi SAW bersabda : ''Allah SWT berfirman bahwa 'Aku akan menjadi musuh dari tiga kelompok orang :
1). Orang yang bersumpah dengan nama Allah namun ia merusaknya,
2). orang yang menjual seseorang sebagai budak dan memakan harganya,
3). Dan orang yang mempekerjakan seorang pekerja dan mendapat secara penuh kerja darinya (sang pekerja -pent) tetapi ia tidak membayar gajinya

Perlakuan Sembahyang

Bismillah alhamdulillah wassalamualaikum...

Melihat tentang perlakuan imam dan jemaah dimasjid ketika mengerjakan sembahyang, masih lagi imam melafazkan niat solat dengan kuat, jemaah menghangguk kepala semasa memberi salam dan kemudiannya menyapu muka selepas memberi salam dan juga tidak ketinggalan sebelum azan, muazin akan selawat terlebih dahulu. Tahlil dibuat oleh anak kampung diwaktu petang sebelum waktu berbuka puasa dan paling sedih sekali ada aktiviti membaca al-Quran diatas kubur (berlaku sekali sewaktu sebelum Ramadhan ketika seorang anak qariah meninggal dunia)

SJ-14-0086 : lagi.. bantuan takhrij hadith ramadhan

salam. berikut adalah hadith2nya..

*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

SJ-05-0263 : kanak-kanak boleh berada di saf hadapan??

:salam

Saya tengah musykil sama ada kanak-kanak boleh berada di saf hadapan bersama orang dewasa ketika solat berjemaah ataupun tidak?Hal ini kerana,ada orang yang mengatakan kanak-kanak yg belum berkhatan tidak boleh berada di saf hadapan bersama orang dewasa dan ada yang berkata sebaliknya.Jadi,saya pohon penjelasan tentang perkara ini.Terima kasih.

:wassalam