September 2007

SJ-13-0302 : Ziarah atau baca Yassin

:salam

Seorang sahabat yg berkerja di premis yg sama sedang terlantar mengidap penyakit leukimia (tahap kritikal). Pihak pentadbiran mengumumkan untuk mengadakan bacaan yassin beramai-ramai untuknya.

1) Apakah perbuatan ini ada dalil drp Nabi S.A.W. atau para sahabat atau para salafussolleh?

2) Jika tiada, apakah yang paling utama dilakukan mengikut Sunnah?

:wassalam

SJ-14-0079 : hadis mengikut/meninggalkan imam

mlm kelmarin sebelum bermulanya solat sunat terawih disebuah surau. ada orang kuat surau itu membaca satu hadis secara umum, begini katanya "diriwayatkan dari bukhari dan muslim, orang yg meninggalkan imam untuk solat witir yakni selepas selesai terawih, maka sia-sialah pahala terawihnya itu" apa benarkah ada hadis ini didalam kitab hadis bukhari dan muslim? seperti ada yang tidak kena, begitu keras sekali hukumnya. mohon sedikit pencerahan.

SJ-10-0060 : Perlaksanaan ibadah korban/aqiqah yg lbh utama?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

A) Terdapat kini program korban/aqiqah yang murah, efektif dan mudah ditawarkan oleh pihak2 tertentu. Perkhidmatan yang bagus ini ditambahi lagi kebagusannya dengan mengagihkan daging2 korban/aqiqah kepada masyarakat muslim yang lebih memerlukan, khususnya di negara2 ummat ISLAM yang dilanda masalah kemiskinan, sosial & dsb.

B) Ibadah korban/aqiqah yang biasa dilakukan di tempat sendiri lebih mahal, namun hikmah yang ada padanya tetap besar.

SJ-07-0079 : Anak Soleh

:salam

Bapa isteri baru meninggal, semua anak perempuan, yg saya tahu cuma 1)sedekah jariah 2) ilmu yg dimanfaatkan 3) Anak yg soleh yng mendoakan. yg tak terputus.

1)Camner ngan anak perempuan ?
2)Apakah yng elok dilakukan ?
2.1) Belum buat haji lagi, camner ? ( siapa boleh diupah buat ? yg bidaahnye camner ?
3)Adakah amalan anak lelaki yg soleh tu sekadar bebas dari siksa kubur atau selamat hingga hari pengadilan hingga bebas dari api Neraka ?

:wassalam

SJ-08-0060 : Puasa di overseas

assalamualaikum.. sekiranya saya menetap di overseas sekarang, adakah boleh saya mengikut tarikh berpuasa yang diumumkan dimalaysia sedangkan dinegara yang saya duduki ini mempunyai organisasi islam yang mengumumumkan puasa jatuhnya sehari lewat dari malaysia..apakah hukumnya? wslm

SJ-05-0254 : solat sunat lepas witir

:salam Selepas solat tarawih dan witir, saya tak dapat tidur, jadi saya surflah Al-Ahkam...Saya ada baca jawapan mengenai solat witir, penutup solat dan bila terjaga dari tidur boleh solat sunat lagi tanpa witir, dan tak perlu "membuka witir"...Soalan saya, jika saya tak bercadang untuk tidur/tak boleh tidur sehingga sahur/subuh, bolehkan saya solat sunat malam lagi...Perlukah saya "membuka witir"?...Apa itu membuka witir pula???....

SJ-14-0080 : Koleksi hadis

Assalamualaikum,
Ni 1st post aku dlm ahkam. Br ptg tadi dpt jd member.
Kepada sesiapa yang arif, ada tak koleksi hadis2 sahih, dhoif dan palsu dibukukan dan diindex supaya senang dirujuk? Dan apabila seseornag quote hadis tu mestilah disertakan dengan index no dia mcm AlQuran jugak.