September 2007

SJ-14-0081 : Adakah ini khutbah nabi?

:salam

Kepada ahli panel ahkam yang dihormati, boleh kah antum mentakhrij "khutbah" nabi ini?

Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

SJ-05-0250 : 2 imam dlm satu ruang

:salam

berlaku situasi baru2 ini bilamana dlm satu ruang / bilik ade dua imam solat berlainan.

cth : jemaah yg pertama solat tunai kemudian di belakangnya pula ade jemaah yang lain solat hajat berjamaah .

Adakah boleh situasi begitu @ mereka kena satu imam shj ? Tp ade 2 niat.

mohon penjelasan dr ahli fikr sekelian

SJ-14-0076 : Nak tanya status

mintaak maaf salah dan silap
malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

SJ-08-0055 : URGENT!!! mcm mana saya nak puasa esok ni???

salam.
saya baru je dgr pengumuman puasa tadi.nape la asek muka yang sama jek yg bagi pengumuman tu.

saya dah gelabah ni.
esok hari rabu. dan saya akan naik flight ke alexandariah,mesir.
saya pelajar perubatan di sana. tahun ni tahun kedua setelah bercuti panjang.

esok hari rabu 12/9/2007, saya akan berada di klia.
sampai pukul 8.30 malam waktu malaysia.
dijangka berada dalam kapal terbang pada pukul 2 pagi 13/9/2007 waktu malaysia.
dan pada 2 pagi tu jugak kapal terbang tu berlepas ke alex.

SJ-05-0249 : Apa itu solat tahajjud??

salam

saya baru nak belajar agama setelah sekian lama lari dari jalan yg lurus.
saya nak tahu apa itu solat tahajjud?
dan sempena ramadan yang akan disambut kurang 48jam ni ,saya nak tahu adakah solat terawih itu sama dengan solat tahajud nabi.?
kalau sama ,adakah sebelum buat solat terawih saya kena niat tahajud sekaligus?
maaf kepada panel feqh kerana kemukakan silly question.
saya baru nak dekat-dekatkan diri dengan allah dan doakan saya panjang umur supaya saya dapat tunaikan ibadat sepanjang bulan ramadan tahun ini.

SJ-14-0075 : hadis kurma dan kismis....

:salam

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

SJ-12-0203 : Tidur di Rumah Mertua...

:salam

Satu persoalan yg sentiasa bermain setiap kali menziarahi org tua ketika suasana percuatian ialah tempat yg paling sesuai untuk bermalam. Seringkali apabila sanak-saudara berkumpul, mereka akan bermalam di rumah org tua itu juga. Maka bilik yg sedia ada memang tidak mencukupi. Biasanya anak dara akan tidur di bilik, manakala yg selainnya...anak-menantu tidur di mana sahaja yg boleh (ruang tamu etc). Bila dh tidur di ruang terbuka, sukar untuk menjaga aurat isteri(malah diri sendiri juga).

SJ-13-0299 : MASALAH BUATAN ORANG....?

:salam

Sahabat saya mempunyai masalah yang dirasakannya terkena gangguan:-

Dia baru mempunyai sebuah perniagaan yang baru beroperasi 4 bulan.pada tiga bulan yang pertama perniagaannya amat memberangsangkan tetapi apabila masuk bulan keempat dirasakannya seperti ada yang tidak kena kepada perniagaannya.

Pertamannya dia mendapat tahu bahawa sebuah premis perniagaan lain yang tidak jauh daripada premisnya telah datang ke kedainya dan bertanyakan perkhidmatan apa dijalankan dikedainya dan dilihat daripada riak mukanya dalam keadaan resah gelisah.