SJ-12-0203 : Tidur di Rumah Mertua...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0203 : Tidur di Rumah Mertua...

:salam

Satu persoalan yg sentiasa bermain setiap kali menziarahi org tua ketika suasana percuatian ialah tempat yg paling sesuai untuk bermalam. Seringkali apabila sanak-saudara berkumpul, mereka akan bermalam di rumah org tua itu juga. Maka bilik yg sedia ada memang tidak mencukupi. Biasanya anak dara akan tidur di bilik, manakala yg selainnya...anak-menantu tidur di mana sahaja yg boleh (ruang tamu etc). Bila dh tidur di ruang terbuka, sukar untuk menjaga aurat isteri(malah diri sendiri juga).

Pernah juga cuba tidur di hotel berdekatan, tetapi akhirnya menimbulkan fitnah sahaja. Apakah cara yg sebaik-baiknya dalam menghadapi keadaan seperti ini?

:wassalam

SJ-12-0203 : Tidur di Rumah Mertua...

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ

1- Berada di ruang tamu seperti yg disebutkan dalam soalan, walaupun ada lelaki dan perempuan (yg ajnabi), tidaklah menjadi haram, kerana tidak berlaku khalwat dalam keadaan seperti itu. Yang haramnya ialah apabila berlaku khalwat, atau seorang wanita dengan beberapa lelaki ajnabi.

2- Oleh kerana lumrah ketika tidur menyebabkan terdedah aurat, atau mendedahkan bentuk badan wanita, maka tidak boleh tidur antara kaum lelaki dan wanita yg ajnabi di suatu tempat yg menyebabkan boleh melihat antara satu sama lain.
Nabi SAW telah memberi amaran bahaya percampuran antara lelaki dan wanita yg ada kaitan keluarga, sebagaimana hadis:
"Hedaklah kamu berjaga2 dan mengelak daripada masuk ke kawasan wanita2". Lalu sabahat di kalangan ansar bertanya: "Bagaimana pula dengan kaum kerabat (bukan mahram)?". Nabi menjawab: "Kaum kerabat (bukan mahram) adalah MAUT (yakni: percampuran membawa kepada kebinasaan agama)".
HR Bukhari (no: 4934) dan Muslim (no: 2172).

3- Kerana itulah, pada zaman Nabi, apabila isteri2 baginda mahu beriktikaf di dalam masjid, yg di dalamnya ada kaum lelaki, didirikan kepada mereka khemah2 yg menutup mereka daripada pandangan kaum lelaki ajnabi".

4- untuk menyelesaikan masalah anda, selain daripada anda mencari hotel untuk bermalam, boleh juga memasang khemah pasang siap di rumah mertua anda, dan khemah2 ini boleh didapati di sesetengah pasaraya.

5- Ataupun, dengan memasang apa jua yg boleh menutup pandangan seperti kain tirai, dan seumpamanya.

wallahu a'lam.