September 2007

SJ-13-0292 : Mohon Penjelasan

Salam,
Dalam islam sekiranya terdapat perselisihan sesama muslim kita diperintahkan agar menyelesaikannya dalam tempoh 3 hari,jadi soalan saya seperti berikut;

1)Adakah perintah ini hanya untuk sesama islam?Bagaimana sekiranya kita pernah berselisih dengan orang dari agama lain,adakah tertakluk dalam perintah ini?

2)Bagaimana jika kita tidak bertegur sapa dengan sesama muslim itu melebihi tempoh yg ditetap islam atas sebab kita membenci perbuatan mungkar yang dilakukannya?

Mohon penjelasan berkenaan hal ini?

jazakallahu khairan

SJ-08-0052 : I'tikaf

Salam,
Berkenaan i'tikaf;

1)Dalam bulan ramadhan adakah kita perlu sentiasa berada dalam / sekitar masjid senantiasa pada 10 hari terakhir bulan tersebut?

2)Bagaimana sekiranya kita terpaksa balik/keluar dari tempat kita beri'tikaf cthnya balik ke rumah atau sebagainya?

Minta penjelasan ahli panel berkenaan hal ini?

wassalam..

SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan

:salam

sy terbaca dlm sebuah buku mengatakan boleh memakan telur drpd haiwan yg tidak boleh dimakan . Asalkan ia dr haiwan yg tdk mendatangkan mudarat sprt penyu dll . Dlm mazhab syafie benarkah penyu ade khilaf memakannya ? Apakah pendpt yg rajih dlm mazhab ini?

kemudian yg mendtgkan mudharat sprt telur ular dll jelas tdk boleh.

sy inginkan kepastian jawapan yg sebenar . syukran

SU-00374 : Berjabat tangan dengan bukan mahram

Assalamualaikum,
Apa hukum berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.Terutamanya situasi dimana berjabat tangan itu sudah menjadi kelaziman dalam satu organisasi/rakan sekerja sebelum memulakan tugas dengan maksud untuk memperkenalkan diri beserta/seiring perbuatan berjabat tangan tersebut.terima kasih.