September 2008

SJ-12-0307 : Bolehkah sentuh mertua yang bukan Islam

ASSALAMULAIKUM..
Saya nak bertanya...
1) Jika seorang wanita islam bernikah dengan seorang lelaki cina islam...halalkah bagi dia bersentuhan kulit dengan bapa mertuanya yg cina(bukan islam).

2) halalkah bagi dia membuka aurat kepada ibu mertuanya yang cina (bukan islam)....??????????

saya buntu..harap anda dapat membantu saya...
TERIMA KASIH..
SALAM RAMADHAN...

SJ-14-0160 : Syarat membaca mad jaiz dengan 2 harakat

Assalamualaikum kepada ahli panel AAN,

Di sini ana ingin bertanya mengenai hukum membaca Al-Quran dengan mad jaiz 2 harakat. Adakah orang awam dibenarkan membaca sedemikian ataupun tidak bolah sama sekali? Seorang yang masih menuntut di Tanta, Mesir ada berkata kepada ana bahawa tidak boleh seseorang itu membaca mad jaiz dengan 2 harakat kecuali setelah dia selesai bertalaqqi 30 juzuk Al-Quran dengan mana-mana syeikh yang mahir Al-Quran dengan membaca mad jaiz 2 harakat di hadapannya. Mohon penjelasan lanjut.

SJ-12-0308 : Boleh kahwin ke??

:salam kepada panelis2 al-ahkam...

Soalan sy berbunyi seperti berikut..

Insan konfius :"Betul ke sepupu dgn sepupu tak boleh kahwin KALAU ayah depa adik beradik,?

Insan kamil menjawab: "kenapa pula tak boleh, boleh pe."

Insan Konfius: "kan ayah saudara tu boleh jd wali untuk anak saudara dia, kalau ayah kandung dia dah tak ad."

maka Insan kamil itu tidak dpt menjawab persoalan itu, dan memerlukan huraian dr panel2 yg lebih 'arif

Sekian wallahhua'alam

SJ-11-0199 : Ternak katak

:salam

Moga kita dirahmati Allah..

Persoalan mengenai perniagaan dan makan katak

1) Apakah kedudukan katak dalam syariat Islam???..adakah ia boleh dimakan atau sebaliknya...dan apakah pendapat yang rajih mengenainya dan binatang2 yang seumpama dgnnnya (hidup 2 alam)??? >---alamak!!!...ada 3 persoalan tu...