September 2008

SJ-11-0204 : Zakat fitrah pada anak isteri yang diceraikan

:salam

Oleh sbb dah search kat al-ahkam tentang perkara ni tapi tak jumpa dan mengharapkan pencerahan, mohon panel fiqh dapat jawab soalan ini.

Seorang lelaki yang sudah menceraikan isterinya namun masih terdapat anak dibawah tanggungannya yg belum bekerja tetapi sudah belia remaja.

1. Adakah anak ini masih dibawah tanggungan si lelaki utk membayar zakat fitrah?

SJ-07-0183 : Tadarus al-Quran..

:salam

Moga kita dirahmati Allah SWT,

Persoalan mengenai tadarus al-Quran.

1) Apa itu tadarus al-Quran??
2) Bila ia disyariatkan??
2) Bagaimana amalan sunnah mengenai tadarus ini??
3) Apa keistimewaan dan kebaikan bertadarus??
4) Apakah tadarus hanya ada amalannya di bulan ramadhan seperti berterawikh??

Terima kasih atas keperihatinan tuan2... :wassalam

SJ-14-0164 : Lupus naskah AlQuran

:salam

Kepada semua panel dan warga Al-Ahkam, Ramadhana Karim.

Soalan saya; bagaimanakah cara terbaik untuk melupuskan naskah Al-Quran yang telah koyak dan tidak digunakan lagi.

Ada pendapat yg mengatakan ia wajib dibakar. Bagaimana pula jika mesin `shredder' digunakan, dan kertasnya dilupuskan seperti kertas biasa?

Jazakallah

SJ-01-0129 : Majlis Suri-Bertemu dengan Rasullullah saw

Baru baru ini saya ada mendengar dari seorang ustaz yang mengamalkan tariqah ahmadiah-idrissiyah, bahawa amalan yang mereka amalkan adalah diterima langsung oleh shiekh mereka Sidi Ahmad bin Idris live dari Rasullullah saw. Ini biasa berlaku menurut ahlus sufi bahawa Rasullulah saw bertemu dengan para wali Allah melalui satu majlis yang digelar suri...boleh ikuti link di bawah ini.

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/history.php