September 2008

SJ-07-0156 : zikir lepas solat berjemaah

:salam

saya ada kemusykilan tentang zikir selepas solat berjemaah, dimana biasanya iman akan berzikir secara kuat bunyinya(pakai microfon). Jadi apakah cara sebegini tidak bida'ah(berdosa).Kerana, ini sudah tentu menggangu jemaah lain yg sedang solat. Saya mohon penjelasan ustaz.

Terima Kasih

SJ-05-0395 : Solat tarawih dan solat wanita

:salam

berdasarkan hadis yg mafhumnya nabi kata 'solat lelaki lebih afdal di rumah kecuali solat fardu', dan 'solat wanita afdal dirumahnya',

1. macam mana dengan solat tarawikh? ramai yg buat di masjid. dan umar alkhattab ra sendiri kata ia 'bid'ah yg terbaik'.

2. adakah solat wanita yg lebih afdal dirumahnya khusus untuk solat fardu? kalau dia belum kahwin adakah sama hukumnya?

3. kalau orang yg duduk di haramain, adakah qiam di rumah juga lebih afdal, sedangkan telah jelas kelebihan solat di masjidilharam dan masjid nabawi?

terima kasih

SJ-10-0099 : Makan dan minum degan bekas emas dan perak

:salam :8:

saya ada soalan berkanaan masalah seperti tajuk diatas
saya ada terdegar hadis, Allah akan menuangkan api neraka ke dalam mulut org yg minum dgn bekas emas dan perak....
minta ustaz berikan hadis yg sebenar kerana kecetekan ilmu saya

soalannya:

1) adakah terdapat khilaf ulama dlm perkara ini?
2) dlm hadis disebutkan minum (tk brp pasti)... adakah sama hukumnya dengan makan?
3) adakah termasuk jugak jika hanya sudu dan garfu emas yg digunakan?

SJ-01-0137 : Abdul Mutallib Islam?

Assalamuálaikum panel al-ahkam,
Saya ada membaca karangan Dr. Shawqi Abu Khalil, Atlas As Sirah An Nabawiyyah.
Dengan merujuk (At Tabari, 2/277), beliau menukilkan bahawa Abdul Mutallib pada penghujung hayatnya tidak mahu menyembah berhala, dan hanya percaya kepada Allah sahaja.
Adakah pendapat ini kuat? Bagaimana sikap ulama'islam terhadap ibu,ayah, dan nenda nabi Muhammad s.a.w?

Terima Kasih.

JH-MUTIARA-006- Selamat Menyambut Ramadhan Dari JH

Sabda Rasulullah SAW:

 

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Maksudnya:

Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.

 

Setelah sekian lama, Ramadhan tiba lagi dengan seribu satu kelebihan dan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT. Terpulanglah kepada manusia beriman agar bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk memperolehi segala kelebihan dan ganjaran itu. Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk bijak menguruskan ibadah pada bulan yang mulia ini.

 

DIBUKAKAN PINTU SYURGA

Di antara petunjuk atau petanda kelebihan bulan Ramadhan ialah – Allah SWT memerintahkan agar dibuka pintu-pintu syurga. Syurga yang merupakan tempat kembali orang-orang beriman dan beramal soleh seolah-olah menanti-nanti kunjungan kita dengan terbukanya semua pintu-pintunya. Ibarat tetamu yang amat dialu-alukan, umat Islam seharusnya memahami bahawa perkara ini adalah satu motivasi atau perangsang untuk kita beramal dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan.

Terbukanya pintu-pintu syurga juga pasti memberi kesan kepada umat manusia di dunia ini dari pelbagai segi. Sudah pasti rahmat dan keindahan syurga itu melimpah ke dunia ini yang amat dahagakan ketenangan. Maka ketenangan ini dirasai oleh manusia soleh yang beramal ibadah.

 

DITUTUP PINTU NERAKA

Ia merupakan petanda bahawa Ramadhan bulan yang penuh rahmat sehinggakan neraka ditutup pintunya untuk memberikan suasana indah penuh nikmat. Peristiwa ini seolah memberi satu mesej kepada orang-orang berdosa seperti kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Seolah-olah kita diberitahu agar ’bertaubatlah...insaflah’ dan ’tutuplah pintu neraka di dalam dirimu’ agar benar-benar kita dihindari daripada pintu neraka di akhirat nanti. Neraka yang menjadi lambang segala kehinaan dan kerugian seharusnya sentiasa di fikiran manusia beriman agar amalannya terkawal dan tidak membawanya ke sana.

 

DIRANTAI SYAITAN-SYAITAN

Setelah ganjaran dan kelebihan yang diberikan untuk orang-orang berpuasa di bulan yang mulia ini, Allah SWT memberikan pula satu bentuk ’insentif’ dan bantuan kepada kita. Syaitan-syaitan yang menjadi penasihat tetap manusia akhirnya direhatkan dan digantung jawatannya untuk memberikan laluan seluasnya kepada manusia beriman untuk memantapkan dirinya dalam ibadah. Semoga apabila syaitan-syaitan ini dibebaskan kelak selepas Ramadhan, manusia beriman ini tidak lagi mudah menelan segala nasihat yang ’tak sihat’ daripada penasihat yang tidak berguna seperti syaitan itu.

 

Saya mewakili panel-panel Jabatan Hadith AAN mengucapkan selamat beribadah di bulan yang bertuah – Ramadhan. Apabila ditanya kepada kita ’bila lagi nak berubah?’, maka eloklah kita menjawab ’Ramadhan ini, insya Allah!’.

 

alitantawi

Jabatan Hadith AAN

SJ-04-0091 : Guna sabun untuk mandi wajib

:salam

saya ingin menanyakan samada proses mandi wajib saya ini atau betul. Kebiasaannya saya meratakan air dengan mengguna paip getah yang mana bagi saya lebih senang dan terus ke semua anggota badan. proses ini tidak mengambil masa lama ..dalam 5 minit sahaja. Tetapi, selepas itu saya sabun badan dan membuang daki-daki ditempat yang perlu dan terselindung. dan menjirus air lagi.

SJ-03-0115 : Kenajisan Babi dan Anjing

:salam

Yg dihormati Ustaz-ustaz,

saya ada penyakit was-was. setelah saya membaca dan menanya dalam forum ini banyak yang sudah berkurangan dan mudah dalam kerja harian saya tidak seperti dulu. was-was saya banyak dalam hal babi dan anjing.

saya ada membaca dalam forum ini dan juga membaca di tempat lain bahawa babi itu yang najis dan haram hanyalah dagingnya. Ini bermaksud tidak boleh makan daging. Ini jelas.