September 2008

SJ-12-0317 : Kenapa nabi kahwin banyak?

Assalamualaikum ustaz yg dihormati,

Saya inginkan kepastian, sebagai seorang nabi yang digelar mewarisi 'akhlak Al-Quran', baginda tanpa diragui adalah contoh terbaik umat manusia.
Kemusykilan (akibat kejahilan saya sendiri) ialah, mengapa nabi seakan tidak 'mentauladani' ayat Al-Quran berkenaan lelaki tidak dibenarkan berkahwin lebih daripada 4 isteri?-(saya terbaca ketika baginda wafat, baginda telah mempunyai 10 orang isteri.)

Maaf soalan sebegini saya akui berpunca dari kejahilan sirah nabawi saya sendiri dan harap ustaz dapat menjelaskan.

Terima kasih.

SJ-06-0071 : Solat Qasar masa balik kampung

Saya tinggal di Shah Alam Selangor, jika saya balik raya ke kampung saya di Perak selama sehari atau 2 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? Kemudiannya saya balik ke kampung isteri saya di Kelantan selama 3-4 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? JIka boleh solat Qasar, adakah afdal saya solat Qasar sendiri dan kemudiannya solat Terawih di masjid semasa Ramadhan(sebelum Raya) samada di kampung saya atau isteri saya?

JH-MUTIARA-009- APABILA TIBA PENGHUJUNG RAMADHAN

Oleh: alitantawi

عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya:
Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuknya sepuluh malam akhir Ramadhan, mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.

(Hadith riwayat al-Bukhari – no.2024, Muslim – no.2844)

SJ-10-0100 : Bapa tidak beraqiqah, boleh aqiqah untuk anak?

Bolehkah seorang bapa yang tidak pernah beraqiqah untuk diri sendiri membuat aqiqah untuk anaknya yang baru lahir? Adakah dia perlu melakukan aqiqah terlebih dahulu untuk dirinya dan barulah boleh dibuat aqiqah kepada anaknya?... Minta penjelasan

SJ-05-0403 : Solat sunat selepas solat witir

:salam

Saya ingin bertanya sikit.
Kalau saya berhajat untuk menunaikan solat sunat pada waktu tengah malam, adakah saya x perlu solat witir selepas solat tarawikh di masjid? Atau saya boleh solat witir juga di masjid dan kemudian selepas solat sunat pada waktu tengah malam saya tunaikan solat witir sekali lagi?
Harap penjelasan daripada panel fiqh.

Syukron Jazilan.

:wassalam

SJ-01-0133 : Hukum menyebut nama tuhan selain Allah

Salam,
terdapat ustaz2 yg mengatakan bahawa kita tidak boleh mengatakan- Tuhan agama kristian, yahudi, tuhan buddha @ orang China tu sedang menyembah tuhannya dll. kerana tidak ada tuhan selain Allah..

adakah ini hanya lebih kpd masalah bahasa melayu yg tidak kaya dgn
istilah @ merupakan perbahasan tauhid yg hanya memeningkan kepala org awam yg dah pun keliru/lesu.... wallahu a'lam.

SJ-01-0131 : Hukum 'Memagar' Rumah

:salam

Apakah hukumnya dan bolehkah 'memagar' rumah dengan khadam..? Benarkah ada khadam Islam atau jin Islam yg mengawal rumah..? Adakah cara 'memagar' cara ini ada pd zaman Rasulullah SAW..?
Adakah cara yg diajar oleh Rasulullah SAW utk memagar rumah..?

Harap dpt berikan dalil al-quran dan hadis yg sahih..InsyaAllah..

Syukran..

SJ-13-0486 : Mati Pada Ramadhan Dijamin Syurga?

:salam

Adakah mereka yg mati di bulan Ramadhan semuanya masuk syurga..?Disebabkan ada dalil yg menyatakan pd bulan Ramadhan semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup.

Termasuk mereka yg mati di tempat tidur dan sebagainya..

Harap panel yg b'tauliah dpt berikan dalil al-quran n hadis yg sahih..

Syukran..

SJ-11-0226 : Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak tanya, perlu ke saya bayar zakat pendapatan kalau saya dah bayar zakat simpanan? Sebab sebahagian pendapatan saya (selepas ditolak semua perbelanjaan saya), saya simpan dlm tabung haji. Jadi, perlu jugak ke saya bayar zakat pendapatan?