February 2009

SJ-05-0475 : Makmum Tepuk Belakang

:salam

Boleh ke kalau time kita solat sorang, tiba-tiba ada jemaah tepuk belakang dan berimamkan kita, katala solat Jahr macam maghbrib. Time sekolah dulu memang selalu la buat, tapi skang ni nak tau dalil boleh ke tidak ...

Sebab ada baca pendapat sorang brader ni, dia kata kalau kita solat sorang, tak boleh berubah niat, sebab nanti batal sebab berubah niat. Jadi katala dalam kes solat jahr, kalau solat sorang, tentula baca senyap. Tapi since dah ada orang nak berimamkan kita, takkan tak jahr bacaan.

SJ-13-0518 : Hukum memakai hair nutrient utk melebat janggut

:salam

Baru-baru ini sy ada terdengar iklan di radio ikim.fm yg mengiklankan produk hair nutrient, katanya produk ini juga boleh digunakan untuk melebatkan bulu betis bg lelaki selain rambut di kepala.

Soalan sy, apakah hukum menggunakan produk ini utk melebatkan janggut bg tujuan mengikuti sunnah untuk mendapatkan kepanjangan janggut hingga segenggam tapak tangan?Adakah ianya tidak dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?

SJ-07-0185 : Perihal Nazak.

:salam

1.Apakah perkara yang paling afdal dilakukan kepada seseorang islam ataupun kaum keluarga pesakit yang sedang nazak.

2.Bolehkah seseorang yang sedang nazak mendengar ahli-ahli keluarganya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ataupun membaca di telinga secara kuat sebutan "allah" dan menyuruh orang yang sedang nazak mengucapkannya.

3.Sekiranya seseorang yang sedang nazak kelihatan gelisah dan cuba berkata tetapi tidak boleh,apakah perkara yang terbaik dilakukan.

SJ-13-0587 : Sempadan Kariah

:salam

Moga dirahmati Allah...

Di Msia...masjid2 ditadbir oleh Jawatankuasa Kariah Masjid....yakni..satu kariah, satu masjid....atau kalo ada 2 masjid pun...satu masjid adalah diiktiraf sebagai 'gharu jamik'...yakni tak leh buat solat jumaat...

Sedangkan situasi di Tanah Arab....masjidnya dekat2...kalo tak sempat solat Jumaat di masjid berhampiran...bleh menapak pergi ke masjid yg hanya beberapa meter saja....

Persoalannya...

Pemuda Kahfi - Ajaran Sesat di UM

Saya berasa terpanggil untuk mem­buat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita. Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Univers­iti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah mencerita­kan kepada saya tentang pengalaman­nya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.

SJ-13-0513 : Mengizin Organ Diderma Apabila Meninggal

:salam

Ada rakan bertanya apakah pandangan fiqh terhadap perbuatan mengizinkan organ diambil untuk tujuan derma apabila meninggal kelak? Apakah adab-adab terhadap mayat yang berkaitan larangan dan keharusan melakukannya.

SJ-13-0330 : Study Group Bercampur Lelaki dan Wanita

salam,
jika tidak salah ana,lelaki dan perempuan boleh bergaul untuk belajar.
Namun,apakah pandangan Islam terhadap study group yang bercampur lelaki dan perempuan,jika Islam membenarkannya,apakah ada dalil atau nas,apakah syarat2 yang harus dipatuhi?

dan

jika ada rakan sejantina yang arif dalam bab yang ingin dipelajari,adakah lelaki dan perempuan masih boleh bergaul untuk belajar atau dalam erti kata lain,sengaja mencari pasangan berlawanan jantina untuk belajar.