SJ-13-0518 : Hukum memakai hair nutrient utk melebat janggut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0518 : Hukum memakai hair nutrient utk melebat janggut

:salam

Baru-baru ini sy ada terdengar iklan di radio ikim.fm yg mengiklankan produk hair nutrient, katanya produk ini juga boleh digunakan untuk melebatkan bulu betis bg lelaki selain rambut di kepala.

Soalan sy, apakah hukum menggunakan produk ini utk melebatkan janggut bg tujuan mengikuti sunnah untuk mendapatkan kepanjangan janggut hingga segenggam tapak tangan?Adakah ianya tidak dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?

SJ-13-0518 : Hukum memakai hair nutrient utk melebat janggut

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Menggunakan hair nutrient untuk melebatkan janggut termasuk didalam topic mengembalikan apa yang Allah swt telah ciptakan, dan membaiki kekurangan. Ia bukanlah sejenis pembedahan kosmetik atau menambah apa yang Allah telah ciptakan, atau menukar ciptaan Allah swt. Malah ini merupakan mengembalikan apa yang seseorang itu tiada.

Sebagaimana seseorang yang menggunakan vitamin dan food supplement bagi tujuan kesihatan; memberi makan kepada sel-sel dalaman, hair nutrient juga bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh vitamin tersebut.

Malahan didalam perubatan asli Arab, minyak Habatul Sauda’ sangat effektif digunakan bagi masalah rambut hilang (alopecia).

Menurut Ibnu Sina didalam kitab al-Qanun fil al-Tibb, kekurangan vapour kering (buhaar-i-duhaani) menyebabkan rambut atau janggut tidak tumbuh. Vapour kering ini adalah agent didalam pertumbuhan rambut atau janggut bagi lelaki, dan ia sangat kurang kedapatannya pada kanak-kanak dan wanita. Ibu Sina menegaskan bahawa permukaan kulit itu perlu diberi nutrition untuk pertumbuhan rambut, sebagaimana memberi air kepada tumbuh-tumbuhan, dan akan mati jika kekurangan air. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين