March 2009

SU-00410 : Makanan dalam mulut, dapat tahu lepas solat

:salam

Bagaimana sekiranya saya solat tetapi masih ada makanan dalam mulut (dah berus gigi), dan lepas selesai solat baru tau ada sisa makanan sangkut di celah gigi (kadang-kadang kalau makan daging ke ayam ke etc selalu jadi macam ni sebab gigi saya agak jarang di antara satu sama lain).

Sah ke tidak solat tu. Sebab selalu jadi, penat la kalau selalu nak ulang balik, sebabnya memang gosok gigi lepas makan untuk solat, tapi jadi jugak.

:wassalam

SJ-06-0081 : Jamak Solat Kerana Menjaga Anak Kecil

Situasi : seorang suri rumah terpaksa menjaga seorang anak yang agak aktif berumur 1 tahun.Jika terlepas pandang, mungkin anak itu akan terjatuh,terhantuk,panjat tangga dsbg (almaklum anak yg aktif)...

selalunya apabila masuk waktu zohor hingga asar dia terpaksa menjaga anaknya hingga luput zohornya kerana bimbang keselamatan anak.