March 2009

SJ-05-0462 : azan dan iqamah apabila ingin solat fardhu

:salam

Situasi 1:
- pukul 5.45PM, solat asar dirumah, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar Iqamah sahaja?

Situasi 2:
- pukul 5.45PM, solat asar dimasjid, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar iqamah sahaja?

Bagaimana bagi mereka yang perempuan pula? mereka juga perlu Azan dan Iqamah?

Apabila didalam masjid Imam sudah selesai solat fardhu, maka kita buat jemaah yg baru maka adakah perlu Azan dan Iqamah juga?

Jazakallahhhukhairan kathira...

SJ-05-0463 : Keluar Solat Untuk Halang Pencuri

:salam

sy ada soalan tentang solat:

baru2 ini,sy menghadiri kuliah agama.utz yg mengajar mengatakan kita tidak boleh keluar daripada solat dalam keadaan apa sekalipun,adakah ini benar?utz itu juga berkata,jika barang kita dicuri semasa solat,kita tidak boleh keluar dari soalt,tetapi bleh menghalangnya menggunakan tangan,saya agak musykil tentang ini.adakah ianya benar?

:wassalam

SJ-13-0528 : solat tahiyatul masjid di luar masjid

:salam

di sini saya ada beberapa soalan:

1)kebiasaannya di mesir ini,apabila tia solat jumaat,masjid2 akan menjadi pebuh. tikar2 akar di bentang di luar masjid sehinggakan ada yang terpaksa solat di kawasan kedai kopi atau salon kecantikan. soalan saya,adakah boleh untuk saya solat sunat tahiyatul masjid di luar kawasan masjid walaupun di dalam kedai berhampiran masjid?

SJ-13-0527 : Hukum memakai lambang ini

Apakah hukumnya memakai uniform seni beladiri yg bertampalkan lambang ini:

http://www.shorinjikempo.or.jp/en/about/img/singular_img02.gif

Maklumat mengenai lambang ini boleh didapati di:

http://www.shorinjikempo.or.jp/en/about/singular.html

Adakah boleh merosakkan aqidah?

SJ-02-0031 : Bin Baz dan Amerika

:salam

di tempat kami ada timbul pertelingkahan yang sangat mencemaskan, dimana al-marhum Bin Baz, menurut satu kumpulan yang membenci al-marhum mengatakan bahawa penempatan tentera Amerika di bumi Saudi adalah dengan fatwa al-marhum melalui permintaan Fahd b abdelaziz...

Mereka mengatakan lagi bahawa kedua-dua Fahd dan Bin Baz telah termakan tipudaya Amerika , apabila mereka mempercayai bahawa Saddam Hussein sedang mengarahkan tentera Iraq memasuki Saudi, setelah menakluk Kuwait...

SJ-09-0049 : Purdah/niqab semasa ihram atau semasa tawaf

Aslm ,

Saya ingin bertanya tentang hukum purdah/niqab semasa ihram atau tawaf.
Apa yang saya faham ia tidak dibenarkan kecuali ada bukan mahram di sekeliling kita.

1. Oleh kerana semasa tawaf, memang ader yg bukan mahram di sekeliling kita, boleh kah terus sahaja berpurdah tanpa buka langsung.

2. Bolehkah berpurdah semasa solat kerana bukan mahram lalu lalang disekeliling kita semasa di masjidil haram.