SJ-06-0081 : Jamak Solat Kerana Menjaga Anak Kecil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0081 : Jamak Solat Kerana Menjaga Anak Kecil

Situasi : seorang suri rumah terpaksa menjaga seorang anak yang agak aktif berumur 1 tahun.Jika terlepas pandang, mungkin anak itu akan terjatuh,terhantuk,panjat tangga dsbg (almaklum anak yg aktif)...

selalunya apabila masuk waktu zohor hingga asar dia terpaksa menjaga anaknya hingga luput zohornya kerana bimbang keselamatan anak.

Dia hanya dpt solat zohor kadang2 apabila anak tersebut tidur.
Dia tiada masalah mengerjakan Asar kerana pada pukul 5 ptg suami akan pulang dari kerja dan menjaga anak tersebut sementara dia solat.

soalannya :

1- boleh kah dia Jamakkan Zohor dan Asar dalam situasi ini.Adakah ini kes darurat juga?

2- Atau bolehkah dia solat sambil memegang anaknya?sebagaimana Rasulullah pernah melakukannya (betulkan jika silap)
pasti sukar dan tidak khusyuk bermain dalam minda...minta panduan ustaz bagaimana utk solat sambil jaga bayi (ikut sunnah), jika solat jama' tidak dibenarkan.

SJ-06-0081 : Jamak Solat Kerana Menjaga Anak Kecil

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Antara hukum penting dalam solat ialah setiap solat mesti dilakukan dalam waktunya, dan tidak boleh dijamakkan ke waktu lain kecuali dengan rukhsah syarak yang dimaklumi dalam ilmu feqah, seperti musafir dan hujan. Firman Allah Taala menerangkan asas ini:

Åöäøó ÇáÕøóáóÇÉó ßóÇäóÊú Úóáóì ÇáúãõÄúãöäöíäó ßöÊóÇÈðÇ ãóæúÞõæÊðÇ

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Al-Nisa: 103).

- Namun, ada pendapat yang mengatakan boleh dijamakkan jika terdapat masyaqqah (kepayahan) jika bersolat pada waktunya. Kerana berdalilkan kepada hadis Ibn Abbas bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjamakkan antara solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak, tanpa ada ketakutan dan tiada hujan. (Muslim no: 705).
Dan Ibn Abbas menyebut bahawa illahnya adalah supaya tidak menyusahkan umatnya.

- Tetapi jumhur ulama berpendapat maksud jamak dalam hadis itu ialah jamak secara gambaran, bukan secara sebenar. Maksud jamak secara gambaran ialah melewatkan waktu Zohor sebelum Asar, dan Solat Asar pada permulaan waktunya.

- Walaubagaimanapun, masalah ini dalam lingkungan perselisihan salaf. Boleh mengambil pendapat yang mengharuskan jamak kerana hajat jika sekiranya hajat yang sangat memerlukan, dan tidak dijadikan sebagai kebiasan harian. Pendapat mengharuskan jamak kerana masyaqqah disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam beberapa fatwanya.

- Adapun, situasi yang saudara sebutkan, terdapat alternatif lain yang masyruk iaitu bersolat sambil mendukung anak kecil. Ia dibenarkan oleh syarak dan pernah dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan keperluan menjaga anak bukanlah suatu darurat yang membolehkan dijamakkan solat secara berterusan setiap hari. Apatah lagi, tempoh bersolat biasanya hanya dalam 5 minit sahaja.

- Maka kami nasihatkan dalam kes seperti ini, supaya berpegang kepada azimah dalam syariat kerana ia lebih menjaga agama kita, dan melepaskan kita daripada tanggungjawab.

Wallahu A'lam.