June 2009

SJ-03-0124 : Wang Kertas dan Syiling Najis?

:salam

Seperti kita tahu wang syiling dan kertas beredar di sekeliling masyarakat baik imam masjid, tukang sembelihan ayam, penjual daging babi, penjual sayur dsb.

Adakah duit perlu dipastikan kesuciannya sebelum dibawa ke dalam solat? Atau mengambil hukum zahir sahaja (yakni tidak mengambil pendirian ekstrim).

:wassalam

SU-00424 : Wanita tua bersolat jemaah di masjid?

A'kum,

Saya diberitahu bahawa golongan wanita lebih afdal bersolat di rumah sahaja berdasarkan dalil sahih. Hikmahnya adalah golongan wanita mungkin terdedah kepada fitna' apabila berada di luar rumah mereka. Bagaimana pula dengan wanita tua yg. putus haid misalnya? Adakah dibolehkan utk. mereka meraikan masjid kerana fitna' mungkin berkurangan...

SJ-05-0526 : Khatib minum semasa berkhutbah

:salam

Adakah dibenarkan si khatib minum air atau makan 'lapis perut' di atas mimbar?yakni berhenti seketika utk minum atau makan ketika sedang berkhutbah..

apakah akibat daripada perbuatan tersebut??...khutbah jumaat tak sah??...kena khutbah sekali lagi??atau arahkan ahli jemaah ganti/qadho solat zohor pada hari lain kalo telah diteruskan khutbah dan solat jumaat pada hari itu..???...

mohon pencerahan dari sumber 4 mazhab dan pandangan yg asah...

t.kasih... :wassalam

SJ-14-0183 : Makna ayat kedua al-fatihah?

salam kpd tuan-tuan,

saya ingin bertanya,apakah maksud sbnr ayat kedua al-fatihah?
sebab jika lihat terjemahan,ia bermaksud "segala puji hanya kpd allah ,tuhan seru sekalian alam".

adakah ia bermakna,pujian hanya kpd allah shj? maaf sbb sy bertanya ini krn bagaimana saya mahu memuji isteri saya dan anak saya? sbb ayat fatihah tu jelas pujian hanya utk allah shj.

jika boleh macam mana saya mahu memuji pekerja sy,isteri sy dan anak sy jika mereka rajin atau menawan hati sy.

SJ-07-0187 : Asal masyarakat melayu suka baca surah Yasin?

:salam

saya ingin kepastian.. dari mana asal usulnya masyarakat melayu islam di malaysia suka sangat baca surat yasin dalam setiap majlis mereka.. contohnya..:

1.setiap malam jumaat
2.tahlil arwah
3.sambut tahun baru
4.majlis doa selamat
5.majlis sambutan (sebarang sambutan)

(sekadar beberapa)

saya pernah terbaca dalam kitab al Umm sendiri menyatakan kita kena baca surah al kahfi pada malam jummat...bukannya yasin...
emm.. dari mana ye asal perbuatan masyarakat islam di malaysia ni yee.??

ada sapa2 boleh bg tau ::?:

SJ-13-0557 : Membaca Wajah Seseorang???

Assalamualaikum..

Apa pandangan panel ahkam berkenaan org yg boleh 'membaca org' ni. Tgk muka n individu tersebut, dah boleh tau sikap dan sifat dia begini begini. Sampai yang paling dahsyat, siap ada yang pernah kata boleh tau seseorang tu cukur bulu kemaluan dia hanya dgn tgk wajah shj.