SJ-13-0557 : Membaca Wajah Seseorang???

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0557 : Membaca Wajah Seseorang???

Assalamualaikum..

Apa pandangan panel ahkam berkenaan org yg boleh 'membaca org' ni. Tgk muka n individu tersebut, dah boleh tau sikap dan sifat dia begini begini. Sampai yang paling dahsyat, siap ada yang pernah kata boleh tau seseorang tu cukur bulu kemaluan dia hanya dgn tgk wajah shj.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0557 : Membaca Wajah Seseorang???

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Perkara ini dinamakan sebagai firasat. Firasat yang benar ini dikurniakan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Disebut dalam hadis, "Takutlah firasat orang Mukmin, kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah".
Direkod oleh Tirmizi (no: 3127), dan katanya, "Hadis ini gharib, kami hanya mengetahuinya daripada jalan ini".

Di dalam hadis lain, "Sesungguhnya ada bagi Allah hamba-hamba yang mengetahui manusia melalui tanda".
Direkod oleh Tabarani dalam Mukjam Ausat (no: 2935). Dinilai oleh Haitsami dalam Majmak Zawaid (no: 17939) dan Albani dalam Silsilah Sahihah (4/267) sebagai sanadnya hasan.

Ibn al-Qayyim di dalam kitab Al-Turuq al-Hukmiyyah menukilkan beberapa kisah sahabat berkenaan dengan firasat yang tepat. Antaranya:

Firasat Umar bin al-Khattab r.a:
Pernah berlaku dialog antara Umar dengan seorang lelaki seperti berikut:
Umar: Siapa nama kamu?
Lelaki: Jamrah. (terjemahan: Bara api)
Umar: Anak siapa?
Lelaki: Anak Shihab. (terjemahan: nyalaan api)
Umar: Dari (keturunan) siapa?
Lelaki: Dari Haraqah. (terjemahan: bakaran api)
Umar: Di mana tempat tinggal kamu?
Lelaki: Di Harrah al-Naar. (Harrah: bukit batu seperti terbakar. Naar: Api)
Umar: Di kawasan mana?
Lelaki: Di Zaat Lazha. (terjemahan: api)
Umar: Pergi balik ke keluarga kamu, kerana mereka sedang kebakaran.

Apabila lelaki itu pulang ke keluarganya, terbukti benar firasat Umar bahawa mereka sedang mengalami kebakaran.

Firasat Utsman r.a:
Seorang lelaki masuk bertemu dengan Utsman, lalu Utsman berkata, "Ada seorang kalangan kamu masuk bertemuku sedangkan ada kesan zina di matanya". (Yakni: zina mata iaitu melihat kepada wanita ajnabiyyah yang haram dilihat).
Lelaki itu berkata, "Adakah ini wahyu selepas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?".
Kata Utsman, " Tidak. Tetapi ia adalah firasat yang benar".

Kesimpulan, firasat atau pandangan yang benar boleh terjadi kepada orang-orang yang terpilih dengan taufiq daripada Allah.

Wallahu A'lam.