June 2009

SJ-11-0240 : Insurans Menaiki Kapalterbang

assalamualaikum wbt,

sebenarnya saya 1st time menempah tiket kapal terbang. setiap kali tempahan, kita ditawarkan dengan travel insurance yang kalau air asia rm6 dan kalau mas rm10. bolehkah jika kita mengambil insurans ini, sedangkan tiada alternatif lain misalnya takaful yang ditawarkan oleh pihak air asia dan mas. mohon ulasan.

syukran..

JANGAN BIARKAN KEMUSYIKILAN BERLANJUTAN SEHINGGA BERBULAN

:salam

1. Saya amat meminati laman ini tetapi amat kecewa dengan respon terhadap soalan-soalan yang dikemukakan yang mengambil masa terlalu lama untuk menjawabnya.

2. Saya ada mengemukakan soalan pada bulan Februari 2009, sehingga kini masih belum diberi perhatian ataupun dijawab.Saya rasa ramai rakan-rakan yang agak kecewa dengan perkembangan ini.

3. Kami yang jahil ini perlu bimbingan dan maklumat dari pihak tuan apabila satu-satu kemusyikilan di ajukan pada tuan.