July 2009

SJ-13-0559 : Hukum Mendedahkan Rahsia

:salam

Saya ada kemusykilan untuk ditanya. Harap tulisan saya ini jelas dan dapat difahami.

Dalam kita bergaul dengan sahabat-sahabat dan teman-teman sehari-hari, adakalanya, boleh dikatakan agak lumrah juga, ada di kalangan mereka pernah memberitahu kita supaya merahsiakan sesuatu tentang apa yang telah diperkatakan atau diperbualkan sesama kita. Tidak kiralah sama ada sekadar luahan hati, bertanya pendapat ataupun sekadar perbualan biasa dan berkongsi pengalaman.

SJ-04-0111 : Tanam Niat solat & masalah mula wuduk

:salam

Ini pertanyaan kedua saya di Al Ahkam, jika mana 2 soalan ini sudah ada serta salah thread saya minta maaf banyak2.. [smilie=36_2_21.gif]

1- Apakah perlu kita "menanam" niat solat semasa takbiratul ihram..

2- Saya ada menanya ustaz di saudi ni, dia kata Nabi SAW niat solat semasa wuduk.. jika benar bagaimana caranya utk kita niat.. samada semasa wuduk atau niat sebelum wuduk ataupun selepas habis wuduk..

SJ-08-0131 : fidyah puasa & solat org UZUR

:salam
Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???
Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.
Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih

SJ-13-0554 : Hukum Mencerca Isteri

:salam

Apa hukumnya mencerca isteri (mengomel di belakangnya atau mengatakan di hadapannya) dengan perkataan seperti "sial" , "celaka" ... kerana marah perbuatan isteri - katalah merajuk tanpa sebab hingga suami terguris hati, mengabaikan panggilan suami/tidak menyahut etc.

Tetapi tiada niat untuk cerai.

Adakah ada kesan apa-apa kepada tali perkahwinan?

:wassalam

SJ-13-0553 : Shemagh & Ghutra Di Arab Saudi

Salam alaykum

Saya ingin bertanya soalan :P

Kenapa di tanah arab, mereka memakai kain seperti Shemagh & Gutra hampir setiap hari tak kira apa jua keadaan adakah kerana sunnah (jika sunnah ada tak hadis mengatakannya) atau hanya tradisi arab.. dan mengapa mereka meninggalkan pemakaian Ammamah (serban) adakah kerana mereka ingin lari dari imej sufi yg suka pakai serban

Barakallahu feek

SU-00426 : Hukum Menghafal Quran Ketika Haid

Asslamualaikum..
Bagi pelajar Quran sekolah tahfiz yang terikat dengan muqarar dan perlu menjalani peperiksaan, adakah dibenarkan menghafal setiap ayat-ayat yang baru pada setiap hari walaupun dalam keadaan haid.
Sekiranya boleh, bolehkah saya mengetahui ianya merupakan pandangan siapa dan daripada mana boleh didapatkan rujukan tentang hukum ini.
Wallahua'lam