September 2009

SJ-13-0590 : I'tikaf Ramadan separuh hari

:salam

Maaf jika soalan berulang.

1. Adakah seseorang yang ingin beri'tikaf pada malam hari sahaja perlu masuk ke tempat i'tikaf menjelang Maghrib dan keluar setelah Subh atau boleh mengikut masa2 yang diingininya?

2. Adakah boleh memilih untuk i'tikaf di malam hari sahaja sedang di siang harinya dia membuat perkara lain: pulang menguruskan rumah (jarak 30min perjalanan), membeli-belah atau bekerja dipejabat (jika tak dapat cuti)? Atau ada antara sebab tersebut yang akan membatalkan i'tikaf?

SJ-05-0518 : Qiraat dalam Solat

Salam,

1 ) Imam di tempat saya solat dengan qiraat Warash masa terawikh. Tetapi dalam rakaat pertama dia baca Maalikiyaumiddin (bacaan biasa). Boleh ke rakaat satu guna qiraat yg kita biasa guna, rakaat kedua guna Warash?

2) Bila imam baca AlFatihah dengan qiraat warash, adakah makmum baca sendiri kene ikut qiraat sama? Sebab tak biasa, esp Maalikiyaumiddin tu dalam Warash; Mayaumiddin

SJ-05-0498 : Tajwid bacaan amin

:salam

Merujuk:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f6740c59e9730e0f4825738a00626c4b?OpenDocument

Bacaan A (2 harakat ) ....Min(4 atau 6 harakat) kan?

Kenapa website baheis tu restrict kepada 4 harakat sahaja?
Apakah salah bacaan ameen saya selama ni.. sebab Mad 'Arid Lissukun kan ke ada 6 harakat juga

SJ-11-0270 : Kad Medikal ING Insurance

Salam,

Saya menumpang insurans kesihatan isteri saya yang disediakan oleh majikannya sebuah bank konvensional.
Insurans kesihatan ini, ING Insurance adalah dikira sebagai medical benefit daripada majikan isteri saya.

Saya menumpang benefit itu sebab isteri saya boleh menggunakan kad tersebut utk melindungi kos rawatan pesakit luar, wad (tanpa had) untuk saya dan dirinya.