SJ-11-0270 : Kad Medikal ING Insurance

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0270 : Kad Medikal ING Insurance

Salam,

Saya menumpang insurans kesihatan isteri saya yang disediakan oleh majikannya sebuah bank konvensional.
Insurans kesihatan ini, ING Insurance adalah dikira sebagai medical benefit daripada majikan isteri saya.

Saya menumpang benefit itu sebab isteri saya boleh menggunakan kad tersebut utk melindungi kos rawatan pesakit luar, wad (tanpa had) untuk saya dan dirinya.

Apakah hukumnya guna kad kesihatan ini? Saya tak keluarkan duit satu sen pun, begitu juga isteri saya. Kad PruBSN Takaful yg saya ada hanya cover rawatan dalam wad, manakala majikan saya hanya cover caj pesakit luar sampai RM45 sebulan sahaja.

Masalah berlaku kalau saya nak jumpa pakar di Ampang Puteri contohnya, kalau keluar duit sendiri tak taulah berapa banyak. Tapi kalau guna ING ni free je.. begitu juga klinik2 lain yg menerima ING insurance medical card ni.. TQ.

Re: Kad Medikal ING Insurance

Wa’alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Insuran medikal/perubatan yang bukan berbentuk takafful/islamik pada dasarnya adalah haram. Pengharamannya mengandungi ciri riba, gharar dan maisir (perjudian).

Didalam kes penggunaan Kad Perubatan isteri anda yang mendapat ‘medical benefit’ dari majikannya, maka ia bukanlah menjadi satu kesalahan bagi anda. Isteri anda sebagai pekerja mempunyai hak perubatan dari syarikatnya dengan kadar yang telah ditentukan.

Syarikat tersebut yang bertanggung jawab keatas kaedah apa yang digunakan dalam menyediakan kemudahan perubatan keatas kakitangannya. Anda boleh menggunakan kad perubatan tersebut atas dasar suami juga ditanggung didalam skim kemudahan perubatan [Fatwa IslamWeb : 82599].

Akademi Fiqh Islami India didalam persidangan bulan March 11-13, 2006 memberi keputusan bahawa “jika insuran perubatan itu telah dilaksanakan disebabkan paksaan undang-undang, maka ada kemungkinan skim tersebut diberi kebenaran”

Berkata Syeikh Ibn Utsaimin rh :

ما كان محرماً لكسبه ، فإنما إثمه على الكاسب ، لا على من أخذه بطريق مباح من الكاسب
“Jika sesuatu itu haram disebabkan cara ia diperolehi, maka sesungguhnya dosa hanyalah keatas orang yang memperolehinya, tidak keatas orang yang mengambilnya dari jalan yang harus (dibenarkan) dari orang yang memperolehinya” [al-Qaul al-Mufeed ‘ala Kitaab al-Tauhiid, 3/112].

Didalam satu aspek lain, jika isteri anda mempunyai cara untuk menyampaikan maklumat kepada majikannya, maka perlulah dia berbuat demikian. Nasihatkan majikan agar menggunakan skim takafful yang sama coverage skimnya dengan insuran perubatan konvensional.

Kesimpulannya, tidak ada halangan kepada anda untuk menggunakan kemudahan perubatan tersebut, kerana kesalahan tersebut tertanggung kepada syarikat isteri anda. Hak mendapat kemudahan perubatan adalah tanggungjawab majikan kepada pekerjanya sebagaimana didalam kontrak. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين