Golongan Yang Paling Banyak Bergaduh Ialah Golongan Ustaz?

Primary tabs

Status FB Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani yang perlu kita fikir-fikirkan bersama:
‎1. Apabila golongan ustaz suka bergaduh sesama sendiri.

2. Saya teringat kpd seseorang yg berkata kpd saya, "Ustaz percaya tak bhw golongan yg paling byk bergaduh ialah golongan ustaz? Doktor, Engineer, Lawyer, businessmen tak byk gaduh mcm geng ustaz". Saya tak mahu komen statement mcm ni.

3. Tapi saya teringat, ada ustaz yg serang majlis kuliah saya sehingga berlaku ketegangan dlm kuliah di surau. Ustaz tsbt sanggup turun ke tangga surau utk menghamburkan lagi kata2nya kpd saya. Sehinggakan ajk surau terpaksa "menemani" saya ke kereta kerana bimbangkan keselamatan saya.

4. Saya teringat ada kejadian pengikut ustaz tertentu yg hampir bergaduh dgn ustaz lain yg menyerang "ustaz mereka".

5. Setiap mereka punyai pengikut yg sangat sayangkan ustaz mereka dan sanggup utk bertembung demi "kebenaran" yg mereka perjuangkan.

6. Masing2 menuduh pihak yg lain tidak beradab / berakhlaq.

7. Setiap dari mereka mendakwa mereka punyai dalil Al-Quran dan Al-Sunnah.

8. Mereka juga mengatakan bhw mereka lebih sederhana dan pihak satu lagi sebenarnya yg melampau.

9. Akhir sekali, apabila sudah letih berhujah dan bertembung, keluarlah "statement" popular, "Alaaa.. para sahabat dan salafussoleh dahulu juga berselisih dan ada yg sampai tahap berperang dan berbunuhan, so apa yg peliknya kalau berlaku pd zaman kita."

10. Kalau begitu jawapannya.. elok lah kamu semua bergaduh, menjatuhkan maruah, berperang dan saling menumpahkan darah saudara kamu. Akhirnya, segala ayat Al-Quran dan Hadith yg paling basic tentang persaudaraan dan kasih sayang, dilupakan oleh golongan sangat "faqih" ini. [FB Ust Jai]

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan