Iklan Ambil Upah Menebus Diri dan Keluarga Dari Api Neraka Sempena Ramadhan

Primary tabs

Oleh zain-ys

Iklan ini saya temui di suatu tempat. Saya snap gambarnya. Iklannya adalah iklan untuk menebus diri daripada api neraka sempena Ramadhan. Senang cerita iklan siapa-siapa nak upah orang untuk menebus dari api neraka untuk dirinya atau warisnya atau sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 

Letak tepi dahulu soal Wahabi atau tidak yang amat memualkan itu. Juga soal aliran Sunnah atau tidak.. Baca petikan iklan berkenaan di bawah ini dan nilailah sendiri.



(PETIKAN IKLAN)


MENCARI REDHA ILAHI DAN MENEBUS DIRI DARIPADA API NERAKA DI BULAN RAMADAN

  • Terdapat pelbagai cara yang boleh anda ikhtiarkan untuk membantu ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia bagi menyempurnakan amal ibadah mereka yang berkemungkinan telah ditinggalkan atau terbatal dan tidak sempat di qadha atau dibuat ketika mereka masih hidup.
  • Antaranya ialah dengan cara anda membayar FIDYAH ataupun membaca TAHLIL (Lailahaillallah) sebanyak 70,000 kali dan pahala amalan itu disedekahkan kepada mereka.
  • Tahlil dituntut oleh Nabi supaya kita menyempurnakannya sebanyak 70,000 kali dalam hidup anda agar menjadi benteng dan menebus diri anda dari api neraka. Kami menerima upah membuat tahlil samada untuk anda sendiri atau untuk ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia ataupun yang masih hidup.
  • Hubungilah kami sekarang untuk keterangan lanjut dan upah amalan-amalan tersebut di atas. Ia hanya serendah RM65. Lakukan SEKARANG! Kami sedia membantu anda pada bila-bila masa untuk melaksanakan apa yang perlu dan penting untuk anda lakukan sementara anda masih lagi berada di dunia ini. Jangan tunggu hingga ianya sudah terlambat. "RUGI DI DUNIA HANYA SEMENTARA TETAPI RUGI DI AKHIRAT KEKAL SELAMA-LAMANYA"

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT/UPAH SILA HUBUNGI013-XXXXXX (USTAZ XXXX) / 019-XXXXXX (USTAZAH XXXX)SEMPURNAKANLAH AMAL IBADAT KITA KETIKA MASIH DI DUNIA SUPAYA IA MENJADI SAHAM KEKAL KITA DI AKHIRAT SANA






 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan