October 2009

SJ-04-0112 : Was-was dah berkumur ke belum - mandi hadas

Assalamualaikum,

Saya ada baca utk elakkan khilaf, elok berkumur semasa mandi wajib.

Tetapi saya ada masalah iaitu setelah selesai mandi wajib, dah keluar bilik mandi dan menghadap komputer, tiba-tiba timbul was-was samada saya sudah berkumur atau belum.

Adakah saya perlu ulangi mandi wajib saya?

SJ-13-0567 : Perkara Bid'ah penilain semula

:salam

Saya ada terbaca satu artikel bertajuk MAKNA KATA TAYYIBAH DAN PERANG TERHADAP BID'AH
penulis artikel tersebut menyenaraikan satu senarai yang panjang mengenai perkara2 bid'ah.
Ada beberapa perkara yang saya kurang setuju dengan penulis berkenaan berkenaan bid'ah

soalannya adakah perkara2 ini bid'ah seperti

SJ-10-0125 : aqiqah plus korban

:salam
apakah dibolehkan dalam (7 bahagian) seekor lembu... 4 bahagian diniatkan utk Aqiqah dan bakinya 3 bhg lagi diniatkan utk Korban?
Mohon datangkan dalil yang jelas berkenaan perkara tersebut.
Sekiranya dilaksanakan penyembelihan lembu tadi mengikut pembahgian tersebut... apakah SAH ibadat Korban dan Akikah tersebut? Jazakallah.
:wassalam

SJ-06-0100 : Jamak - definisi watan

Salam,

Menurut akh Izrail;

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=37042


Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar. 

THTL:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=34745

SJ-06-0098 : Jamak & Qasar -tempat yg belum tentu bermukim

Salam,

Saya akan melanjutkan pelajaran ke Johor, skang duk di KL. Tapi tak sure lagi la ke Johor tu.. baru nak tengok2.

1) Kalo saya pi hari ni, boleh ke Jamak + Qasar kat Johor tu (2-3 hari dok situ, kejap). or Qasar sahaja. Atau Jamak saja tanpa Qasar? Saya nak survey dulu tempat tu.. jadi tak confirm lagi.

2) Bagaimana pula sekiranya saya akan memulakan pengajian, bermalam di Johor 2-3 malam sebentar, sebab saya duduk di KL, dan pengajian hanyalah berbentuk penyelidikan. Yg ni boleh jamak/qasar/jamak+qasar? Tak nampak macam bermukim pun ... sebab sekejap2 saja.

SJ-05-0517 : Terbaca Tasbih Ketika Sujud Sahwi

Assalamualaikum

time sujud sahwi yg patutnye senyap ana terbaca tasbih .... tapi tersebut sudhana instead of subhaanarabbiyal 'ala wabihamdih

perlu ke ulang since patutnye senyap+tomakninah dah boleh jalan dah.
tapi kalo tak ulang suara nanti jadi sebut perkataan tanpa makna la plak.

SJ-05-0503 : persoalan ketika khutbah jumaat

asSalamu 'alaikum wa rahmatulLah

1) bolehkah makmum menyalin nota khutbah yang sedang dibacakan? mungkin boleh beri rujukan artikel atau buku tentang larangan-larangan bagi makmum ketika khatib sedang berkhutbah.

2) kalau kebetulan khatib berbahasa arab, dan ada makmum yang tak faham. bolehkah dia menggunakan alasan 'tak faham' untuk melakukan kerja-kerja lain seperti membaca, mengulang kaji dan lain-lain. selama mana dia tidak berbicara atau membuat bising.

jazakumulLahu khairan katsira..

wassalamu 'alaikum..