May 2010

Pandangan HAMKA Terhadap al-Imam al-Ghazali & al-Ihya Ulumuddin

Oleh zain-ys

Ihya' Ulumiddin (al-Ihya') sebuah nama besar. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali juga sebuah nama besar. Orang besar menghasilkan karya besar iaitu al-Ihya'. Kedua-duanya, baik al-Imam al-Ghazali atau al-Ihya' sejak beliau menjadi bintang tidak pernah kering dari disebut orang hingga ke hari ini. Malah mungkin untuk hari-hari seterusnya. Kedua-duanya adalah bintang di persada sejarah sepanjang zaman.

[0011: Budhisme] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

BUDHISME


TA'RIF

Budhisme adalah sebuah agama yang muncul di India, sesudah Brahmaisme, pada abad kelima sebelum Masehi. Pada mulanya agama ini cenderung memperhatikan manusia, di samping kepada pembersihan dan kehalusan jiwa, hidup sederhana, cinta kasih, toleransi dan perbuatan baik Akan tetapi tidak lama kemudian, setelah pendirinya meninggal, agama ini berubah menjadi kepercayaan - bathil yang penuh dengan nilai-nilai berhalaisme. Bahkan para pengikutnya sangat mengkultuskan pendirinya sampai ke tingkat menuhankannya.

 

[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: hujah aqli jika bersandarkan dgn dalil naqli yg sahih insyallah boleh diterima

Dr IzrailPetikan:
Dr Izrail: "Pendirian Ibn Taimiyyah memang jelas menolak keharusan berzikir dengan Allah Allah. Tetapi beliau tidak menafikan org berzikir seperti ini boleh menyebabkan terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya bahkan mendapat ganjaran di atas perasaan tersebut.
"

Sampai Atau Tidak Pahala Kepada Si Mati: Studi Perbandingan Antara Mazhab-Mazhab

Tahukah anda bahawa pendapat Masyhur mazhab al-Syafi'i mengatakan bahawa Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir tidak sampai kepada si mati? Berikut ini artikel ringkas yang menghimpunkan pendapat para ulama serta dalil-dalilnya berkaitan apakah sampai amalan orang hidup kepada si mati. Artikel ini telah disemak oleh al-Fadhil Dr Abu Anas Madani dengan beberapa penambahan oleh beliau.

Kategori Berita: 

Nasihat Ikhlas Kepada Pentaksub Syeikh al-Albani

Ini Bukan Sikap Penuntut Ilmu...

Oleh: Ustaz alitantawi

-Tulisan ini khusus untuk mereka yang mempelajari ilmu hadith...

Saya ialah seorang penuntut ilmu... Dan saya akan terus begitu selagi mana saya sedar ilmu itu lautan luas yang tidak bertepi.

Nasihat saya kali ini khusus saya tujukan kepada mereka yang terlalu mengagungkan salah seorang ulama hadith moden, Syeikh al-Albani.

Kecantikan bukan segalanya!!!

Oleh: kembara_daie

Paras rupa- satu nilaian yang begitu diambil berat oleh para manusia,terutamanya dalam pemilihan teman hidup. memang fitrah manusia sukakan yg indah indah, yang berparas rupa,untuk menjadi miliknya.

Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dengan penuh hikmah. zahirnya memang ada insan yang lebih kacak dari yang lain, dan ada yang kurang cantik dari yang lain. semuanya kurniaan Allah yang wajib disyukuri, dan ianya juga merupakan ujian Allah atas para hambanya.

[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ustaz Abu Umair: Jawab dakwaan ulama yang benarkan

Bagi yang mengikuti dari awal perbahasan dua orang ustaz iaitu Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail, sudah tentu mendapati ia semakin menjadi bertambah menarik. Lebih-lebih lagi bila ustaz Abu Umair meminta Dr Izrail menyenaraikan siapakah tokoh ulama silam yang membolehkan zikir Allah.. Allah.. Pada artikel sebelum ini Dr Izrail menjawabnya dengan menyenaraikan ulama yang membolehkan. Malah beliau menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah; walaupun Ibn Taimiah tidak menggalakkan zikir Allah Allah tetapi beliau membenarkan dengan cara tersebut kerana menurut beliau zikir Allah Allah boleh menyebabkan perasaan begitu.

Agak-agak apa yang akan dijawab oleh ustaz Abu Umair kali ini? Ramai yang ternanti-nanti apakah hujah balas dari beliau.

Silakanlah membacanya di bawah ini..