July 2010

Mengangkat Tangan dan Mengaminkan Doa Imam qunut Subuh - Fatwa Ulama

Oleh: Ustaz Murad bin Mohd Said

Bismillah was solaaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Nukilan ini adalah untuk mereka yang berpendapat bahawa membaca doa qunut dalam solat Subuh secara berterusan bukan sunnah Nabi SAW. Sebagaimana pendapat sebahagian ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dll rahimahumullah.

Permasalahannya disini bukan tentang membaca qunut Subuh itu sendiri, pembahasan ini masyhur dan mudah didapati dimana2 lelaman internet. Ia juga bukan berkaitan dengan hukum mengangkat tangan ketika membaca qunut, hampir tiada khilaf dikalangan masyaikh bahawa Nabi SAW telah mengangkat tangan ketika qunut, begitu juga Umar Ibnul Khattab r.anhu  dan diaminkan oleh para sahabat dibelakang.

 

Surah Yasin Dalam Iklan Anti Rokok

Oleh zain-ys

Bacaan surah Yasin atau Yasinan sudah mendarah daging dengan masyarakat Nusantara. Ia adalah surah keramat. Saat orang sakit berat yang menghampiri kepada kematian, mereka akan membacakan surah Yasin. Selepas meninggal dunia roh mereka akan dikirimkan dengan bacaan surah Yasin. Bila dikatakan terhadap seseorang "sudah dibacakan surah Yasin.." bermakna orang berkenaan sudah hampir meninggal dunia.

[Video] Nisfu Sya'ban Antara Sufi dan Syiah

Mengapa Nisfu Sya'ban dibesar-besarkan? Ia adalah malam dilahirkan imam al-Mahdi Syiah Imamiyah. Bagi mereka ia adalah malam yang penuh berkat. Nisfu Sya'ban dipertahankan oleh golongan Sufi dengan membawa pelbagai hadith yang palsu. Tanpa disedari mereka telah merayakan malam kelahiran al-Mahdi Syiah Imamiyah. Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff di Persatuan Muhamadiyah Singapura.

al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa: Rahmatnya ALLAH Turun Dimalam 15 Sya`ban

Taushiyah al-Habib Munzir binn Fuad al-Musawa di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia, pada tanggal 27hb August 200 dan video suasana doa Nisfu Sya'ban bersama beliau di Indonesia. Pegangan dan amalan begini diamalkan oleh kebanyakan umat Islam nusantara.

HTC Desire vs iPhone 3GS

Author: eXtorian

 

HTC have released another so called iPhone Killer, which is now available in the UK. Enter the HTC Desire…

Apple fans keep saying how great the iPhone is, but I’m always wary of their apparent inability to see that they can get alternatives with similar specifications for half the cost, or devices with generally much better specifications for the same cost. At around £200 cheaper than the iPhone 3G S, the HTC Desire is certainly no exception.

 

Fatwa Syeikh al-Syarbashi: Azan: Bid'ah Ucapan Radhitu Billahi Rabba & marhaban bi habibi wa qurrata `aini

Soal: Seorang muazin mengumandangkan azan. Tatkala sampai pada ucapan "asyhadu anna Muhammadar Rasulullah", dia berhenti untuk mengucapkan kata-kata "radhitu billahi rabba, wabil Islami dina, wabi Muhammadin rasuli" ("aku rela Allah SWT sebagai Tuhanku, aku rela Islam sebagai agamaku, dan aku rela Muhammad sebagai rasul"). Apakah yang demikian itu dibolehkan?

Mufti Wilayah Berpegang Kepada Fatwanya Berhubung Modul ESQ

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.