February 2011

Wawancara Dr Ahmad Najib: Di sekitar Tesis M.a dan Phd (Siri 2)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
Siri 2: Sekitar tesis M.a dan Phd

  • Tesis M.a dalam bidang tafsir, iaitu dengan tugasan menghimpunkan riwayat ahli tafsir terkenal Ibnu Mardaweh.
  • Manakala tesis Phd pula juga dalam bidang tafsir dengan kajian riwayat-riwayat israiliyat dalam tafsri Tabari

Bermuhasabahlah Atas Segala Kesilapan Yang Dilakukan

Disalin dari satuts facebook ustaz Adlan:
Adlan Abd Aziz:
"Mereka yang menggelar diri mereka 'salafi' atau 'geng sunnah' perlu muhasabah diri dengan segala kesilapan yang dilakukan. Sudah lama mereka hidup kononnya dengan 'kajian' dan 'tidak bertaqlid'. Mungkin dulu mereka sangka orang tidak tahu. Sekarang semua orang sudah makin pandai berfikir. Sudah-sudahlah."

[BARU TERBIT] [DUNIA BUKU] Islam Anda Tafsiran Siapa?

Tajuk Buku: Islam Anda Tafsiran Siapa?
Penulis: Ustaz Emran Ahmad
Halaman: 250m/s
Harga: RM17.90 (paperback)
ISBN 978-967-308-256-8

Antara kandungan buku ini:
Tahukah anda bahawa Islam yang anda fahami, ketahui dan amalkan selama ini ialah Islam yang berdasarkan tafsiran pihak tertentu?
Pihak tertentu itu boleh jadi Rasulullah, boleh jadi para sahabat dan boleh jadi juga ulama serta guru-guru yang menjadi rujukan kita di dalam beragama. Kita beragama berdasarkan tafsiran mereka. Marilah kita melihat sejarah penafsiran agama Islam ini semenjak dari zaman awal.

Pengalaman Dr Danial Dalam Bidang Penulisan

Buku pertama Dr. Danial terbitan 1988 oleh Pustaka NahnuSaya mula mengasah bakat dalam bidang penulisan pada tahun 1988. Ketika itu saya baru keluar dari perkhidmatan kerajaan sebagai doktor untuk membuka klinik sendiri bersama isteri. Disiplin perubatan yang saya ceburi (iaitu perubatan moden atau allopathy) banyak bergantung kepada kajian-kajian semasa. Apabila kajian-kajian dan penemuan-penemuan ini saya kaitkan dengan Quran dan Hadis, saya mendapati betapa saintifiknya ajaran Islam. Kesedaran ini ingin saya kongsikan dengan masyarakat maka terhasillah buku saya yang pertama bertajuk 'Konsep Perubatan Islam' terbitan Pustaka Nahnu (11 Medan Suri, Sungai Nibong, Pulau Pinang),  pada tahun 1988. Buku yang mengandungi lima bab dan mempunyai 141 halaman ini  dicetak oleh Academe Art & Printing Services Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Bagi saya, buku ini mempunyai banyak kelemahan teknikal terutamanya di sudut bahasa dan susunan bab. Namun saya mendapati ia menjadi bahan rujukan di universiti-universiti di Malaysia, termasuk di kalangan para pensyarahnya, dan saya bersyukur kepada Allah yang mengizinkan penerbitannya...

Benteras Aliran Sesat: Mujur Ada Majlis Agama.. Jabatan Agama Islam

Nabi Muhamad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir. Penutup para nabi. Selepasnya tidak akan ada lagi nabi, apatah lagi rasul.  Jika selepas nabi Muhamad s.a.w., sesiapa yang mendakwa dirinya nabi atau seseorang itu didakwa sebagai nabi, maka dakwaannya itu adalah jelas dusta.

SJ-13-0585 : penggunaan nama ALLAH & Muhammad di pakaian.

Assalamualaikum para panel & forumers Ahkam.net sekalian.

ada seorang sahabat bertanyakan soalan ini dan sy mohon soalan ini dapat dijawap dan dibahas para panel dan forumer di ahkam.net agar dapat membantu kesulitan shbt kita.

semoga Allah merahmati kalian. Barakallahufikum

SOALAN

1. bolehkah lambang Allah Muhammad yang dilekatkan atau dijahit pada baju kerja dan baju sukan saya dibawa masuk ke dalam tandas?

2. Bolehkah anggota yang bukan islam diberi pakai lambang Allah Muhammad itu?