February 2011

Wawancara Dr Ahmad Najib: Mazhab Banyak Membantu Kita Memahami Islam (Siri 5)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah

  • Jangan Takut Dengan Perkataan as-Sunnah
  • Umat Islam perlu ikut as-Sunnah sebagaimana wajib ikut al-Quran
  • Ada yang memahami as-Sunnah itu adalah sebuah aliran
  • Salah faham kerana tidak memahami secara keseluruhan
  • Pada dasarnya mazhab-mazhab muktabar merujuk al-Quran & as-Sunnah
  • Ikut as-Sunnah bukan bermaksud menolak mazhab
  • Mazhab banyak membantu kita memahami Islam

[Video] Syed Abu ul Hasan Ali Nadwi (R.A) in Turkey 1996

Sheikh Abu Hassan Ali an Nadwi: Guru Ummah

Abu Hassan Ali al-Nadwi merupakan seorang pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332 (1914M) di Rai Breily, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 Ramadhan 1420H bersamaan 31 Disember 1999M di daerah kelahirannya juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran. Pemikirannya sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Abduh, al-Afghani, Rashid Rida dan Shakib Arsalan. Sejak muda lagi, beliau mula bergiat dalam bidang dakwah. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sukar diganti malahan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu aspek yang sering disuarakannya ialah proses pembaratan di dunia Islam (westernisasi) dan materialisme yang merupakan “agama” di Barat.

Program Maulidurrasul Perlu Sepanjang Tahun

Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Alhamdulillah, bersempena bulan Maulidurrasul kita dapati masjid, surau dan pusat pengajian menganjurkan pelbagai program bertujuan memperingati Rasulullah s.a.w. dan perjuangan dakwah Baginda. Usaha ini patut dipuji dan diteruskan dan inilah sebahagian dari tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Fatwa Mufti WP Tentang ESQ: Apa Kata Media Islam Indonesia

Pertemuan Besar di Malaysia: ESQ Mengandung Kesesatan

Telah terjadi pertemuan besar di Kuala Lumpur Malaysia, Rabu (23/2 2011) bertajuk “Penjelasan Latar Belakang Keluarnya Fatwa tentang ESQ” oleh Mufti Datuk Haji Wan Wahidi bin Wan Teh (Mufti resmi Wilayah Persekutuan Malaysia).

Pertemuan itu menghadirkan Farid Achmad Okbah dari Indonesia dan Professor Zakaria Stapa guru besar tasawuf dan pemikiran Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wawancara Dr Ahmad Najib: Penulisan dan Pengalaman Kerjaya (Siri 3)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
Penulisan & Pengalaman Kerjaya

  • Lahir dalam keluarga penulis
  • Ayahnya Ustaz Abdullah al-Qari adalah tokoh penulis produktif
  • Mula aktif menulis/menterjemah sejak zaman persekolahan.
  • Antara karya tulis: Isu Israiliyyat & Hadith Palsu Di Dalam Karya Tafsir Dan Hadith Serta Kaedah Mengenalnya dan Al-Israiliyyat fi Tafsir Surah Yusuf

Fatwa Syaikh Qardhawi: Bunuh Muammar Gaddafi !

Seorang ulama terkemuka asal Mesir telah menyerukan kepada tentara Libya yang bisa menembak Pemimpin Libya Muammar Gaddafi untuk tidak menahan senjata mereka demi membebaskan bangsa Libya dari penindasan.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi, dipandang sebagai pemimpin spiritual kelompok oposisi Ikhwanul Muslimin Mesir, membuat seruan tersebut pada hari Senin kemarin (21/2) melalui sebuah fatwa menentang pemimpin Libya yang telah berkuasa selama lebih dari empat dekade tersebut.

Buku Sifat Solat Nabi Versi al-Albani : 100% betul?

Oleh alitantawi @ Ustaz Adlan

*Tulisan ini mungkin tidak nampak relevan bagi sebahagian pembaca, namun bagi sebahagian lagi yang mengikuti perkembangan dakwah ke arah memahami sunnah, pasti ia amat relevan.

Persoalan yang jelas: Ada sebuah buku, namanya 'Sifat Solat Nabi', ditulis oleh seorang pengkaji hadith moden bernama Muhammad Nasiruddin al-Albani (meninggal pada 1999).

Soalan saya: Adakah buku versi syeikh al-Albani ini benar dan tepat 100%?