September 2011

Mufti Mesir : Zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud!

Oleh: Shamsul Muda


Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Kategori Berita: 

Hudud Laws: Between the Literal and the Implicit

Edry Faizal Eddy Yusoff | Ahmad Fuad Rahmat | Fellows, Islamic Renaissance Front (IRF)

The hudud controversy has now returned to the eyes of the media after it was discussed at the National Syariah Seminar sponsored by the Department of Islamic Affairs of Kelantan. Pas indeed had taken a step forward in their comprehensive proposals for a welfare state but their preoccupation with the hudud issue clearly shows that they are still stuck in the framework of antiquarian politics.

For this evidently shows that the Hudud laws are still a crucial part of their raison d'etre. It doesn’t look likely that this will change, since evoking the hudud is a convenient way to claim that they are the real fighters for Islam in Malaysia, as opposed to UMNO. It also somehow implies that the Islamic credentials of any party somehow hinges on their willingness to apply hudud laws.

Hudud: Antara yang Tersurat dan Tersirat

Oleh Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic Renaissance Front [IRF]

Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.

Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO.  Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.

Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya?

"Seringkali mereka yang melakukan ibadat Umrah bertanya-tanya diantara mereka mengenai jumlah umrah yang telah mereka tunaikan. Ini merupakan satu fenomena sudah pasti berlaku pada setiap musim Haji dan Umrah. Artikel ringkas kali ini cuba melihat secara kasar apakah amalan Umrah berkali-kali ini merupakan amalan yang utama semasa seseorang itu menziarahi Makkah"

SJ-06-0107 : Sah atau Tidak Solat ini?

Kawan saya telah berhenti di Restoran Jejantas Sg Buloh utk menunaikan solat Maghrib. Ketika masuk ke dalam surau, kawan saya melihat seorang jemaah sedang qamat lalu dia segera masuk ke dalam saf. Ketika di rakaat kedua, tiba2 imam memberi salam (dipendekkan cerita, maknanya kawan saya solat Maghrib di belakang imam/jemaah yang sedang solat Isyak Jamak Takdim). Selepas itu, kawan saya meneruskan rakaat ketiga dan menyempurnakan solat Maghribnya.

Saya, Anda dan Sikap Suka Bertangguh Kita

Oleh: Abong

Bagaimana Menghadapi Sikap Bertangguh-tangguh
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (39) - Maryam

Dalam hidup kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka bertangguh. Apakah perkara itu? Untuk saya, anda dan orang lain, mungkin ia perkara yang berbeza diantara kita. Sama ada kerja atau urusan berkaitan kerja di pejabat, perhubungan, keluarga, kesihatan; kesemuanya termasuk dalam kategori urusan yang kita suka menangguhkannya. Pada hakikatnya kita sedar ia adalah perkara yang penting, tetapi kita pasti bijak mencari idea untuk menangguhkannya.

Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar.

Fenomena gerakan tawhib (mewahabikan orang)

Dalam banyak-banyak fenomena, "gerakan tawhib" adalah salah satu fenomena yang jelas menunjukkan betapa implikasi hati yang rosak itu bertindak. Bak kata pepatah, 'membujur lalu melintang patah', golongan ini tanpa menghiraukan sesiapapun, apapun keadaan dan situasi yg sebenar, faktanya, kesahihannya..hanya jika boleh dikaitkan dengan Wahhabi maka dicoplah orang yang dituduhnya itu Wahhabi walaupun mungkin orang yang dituduh langsung tidak tahu menahu apa itu Wahhabi, bahkan mungkin orang itu juga sebenarnya adalah penentang Wahhabi! (Ust Aizam Mas'ud)

Kategori Berita: 

Naik taraf Maktabah Syamilah Anda Ke Versi 3.45

Masa untuk menaiktaraf Maktabah Syamilah anda ke versi terkini, versi 3.45. Hanya berukuran lebih kurang 12 MB boleh di muat turun di sini [LINK..]

Terdapat beberapa perkara yang dikemaskini untuk versi ini, antaranya ialah perbaikan pelbagai perkara kecil, memperbaik dan meningkatkan kepantasan proses import serta menyertakan sekali dengan simbol-simbol font. Diikutsertakan juga font unicode Majma’ al-Malik Fahd, untuk font resam Othmani Hafs.

SJ-16-0015 Qisas: Kisah Umar, Abu Dhar dan Pembunuh

Assalamualaikum.
Saya nak bertanya berkenaan kisah di bawah ini adakah sohih ataupun tidak.
Dan di mana rujukan kitab yang boleh saya rujuk kalau nak baca mengenai kisah di bawah ni?

"Khalifah Umar bin al-Khathab ra, seorang sahabat Rasulullah SAW, adalah seorang pemimpin yang dikenal sangat adil, tegas, disiplin namun sangat humanis di zamannya. Banyak orang yang mulanya menentang Islam, namun akhirnya tersedar dan insaf kerana kepemimpinan Sayyidina Umar bin al-Khathab ra.