November 2011

Khutbah SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI - DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS

TERJEMAHAN TEKS KHUTBAH JUMAAT OLEH DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS
“SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI”
Masjidil Haram, Makkah Mukarramah15 Zulhijjah 1432H /11 November 2011M

Alih Bahasa Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki [Pembimbing Jemaah Haji Ash-Har Travel] Makkah Al-Mukarramah, 18 Zulhijjah 1432H.

Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.

“Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.

Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.

 

Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan

Dr Ahmad Farouk Musa (Diterjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front )

Barangkali apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikiran rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukan semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan Islamik, tetapi juga memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi.

Lebih kurang seabad lalu, terbit harapan yang Islam akan menemui jalan untuk merancang sebuah sistem yang menyerasikan antara keimanan dan kemodenan.

Muhammad Asad tentang Alquran

Ahmad Syafii Maarif

Di antara mufassir Alquran kontemporer, almarhum Muhammad Asad patut dicatat sebagai salah seorang yang paling terkemuka. The Message of the Qur'an barangkali merupakan magnum opus (karya besarnya) yang dikerjakan seumur hidup dengan menetap di Arabia selama beberapa tahun. Terjemahan tafsir yang aslinya setebal hampir 1.000 halaman ini ke dalam bahasa Indonesia akan diterbitkan Mizan dalam tempo dekat ini. Dengan munculnya karya Asad dalam versi Indonesia, maka bertambahlah literatur tafsir Kitab Suci umat Islam ini.

SJ-12-0377 : Penyakit was-was talak/cerai

Assalamualaikum. Saya baru sahaja berkahwin 4 bulan. Umur saya dan isteri 25 tahun, Alhamdulillah saya bahagia bersama isteri. Cuma saya ada sejenis penyakit was-was, adakalanya saya dihasuti perasaan bahawa saya adalah orang kristian,penyakit ini hadir semenjak dari sekolah rendah lagi dan belarutan hingga sekarang, saya cuba melawan perasaan itu. Semoga saya diredhai Allah SWT.

Hadith Sahih Mazhab kami - Imam al-Syafie

Apabila berbicara mengenai persoalan Mazhab dan hadith, sudah tentu ramai yang akan memetik kata-kata Imam Syafie ini :

إذا صح الحديث فهو مذهبي
“Apabila berjumpa dengan hadith sahih, maka itu adalah Mazhabku”

Terdapat juga catitan bahawa beliau pernah berkata :

إذا صح الحديث خلاف قولي، فاعملوا بالحديث واتركوا قولي
“Jika berjumpa hadith sahih yang bertentangan dengan pendapatku, beramallah dengan hadith tersebut dan tinggalkan pendapatku”

Kenyataan ini juga dikaitkan oleh Ibn Abdul Barr dan Imam Sya’raani ditujukan kepada Imam Abu Hanifa. Malah ada beberapa Imam-Imam besar telah dikaitkan dengan kenyataan ini. Jelas menunjukkan bahawa kenyataan ini tidak dapat dicabar, malah para ulama’ salaf benar-benar memahami maksud kenyataan ini. Termasuklah dikalangan murid-murid mereka yang begitu tinggi ilmu pengetahuan mereka didalam Syariah Islamiyyah.

Diantara beberapa kesilapan mentafsir kenyataan Imam Syafie ini adalah :-

1. Apabila kita bertemu dengan kalam Imam Syafie yang bertentangan atau tidak selaras dengan hadith Nabi :saw, hendaklah kita meninggalkan kalam Imam Syafie.

2. Pandangan Imam Syafie mengenai sesuatu itu boleh ditarjihkan, kerana kalam ini menunjukkan beliau sendiri mengaku tidak sempurna (maksum).

3. Kalam ini juga menunjukkan bahawa ada kemungkinan Imam Syafie sendiri terlepas pandang beberapa hadith sahih semasa mengeluarkan sesuatu hukum.

4. Kenyataan ini juga merupakan dalil bahawa Imam Syafie sendiri melarang taqlid kepadanya.

Kenyataan Imam Syafie ini hendaklah di tafsir menurut ulama’-ulama’ yang benar-benar memahami hakikat sebenar kenyataan beliau. Dengan kata lain, kenyataan ini tidak boleh dinilai sebagai zahir sahaja, tetapi hendaklah dilihat pada makna yang tersirat.Kenyataan ini juga hendaklah ditafsir menurut kedudukan keilmuan beliau yang tinggi, dan bukan dari kaca mata kita yang dhaif ini.

Imam al-Nawawi didalam muqadimah Syarah al-Muhazzab berkata : “Apa yang Imam al-Syafie katakan itu tidak bermaksud sesiapa sahaja yang melihat sebuah hadith sahih akan berkata : Ini adalah Mazhab al-Syafie, lalu mengamalkannya secara zahir. Apa yang beliau nyatakan itu hanya boleh diaplikasikan kepada seseorang yang mempunyai tahap mujtahid didalam mazhab. Syaratnya tidaklah bersangka bahawa Imam al-Syafie tidak tahu akan hadith tersebut atau tidak tahu kesahihannya. Perkara ini hanya mungkin terjadi kepada individu yang menyelidiki dan mendalami semua karya al-Syafie dan buku-buku pengikut al-Syafie, mereka yang mengambil ilmu pengetahuan melalui al-Syafie dsb. Ini merupakan syarat yang sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit sahaja yang dapat memenuhi syarat ini”

Berkata Imam  Ibn al-Salah (Shiekh Abu ‘Amr) :

وليس هذا بالهيّن فليس كلّ فقيه يسوغ له أن يستقلّ بالعمل بما يراه حجة من الحديث
“Bukanlah  satu perkara yang mudah kepada setiap faqih bertindak secara sendirian dengan hanya melihat sesuatu hujah dari hadith” [‘Adab al-Mufti wal Mustafti’, ms118].

Gambaran kata-kata Imam al-Nawawi dan Ibn Salah ini sangat jelas menunjukkan bahawa kalam Imam Syafie mempunyai maksud yang tersirat dan tinggi nilainya. Diantara kesimpulan yang dapat kita ambil dari kenyataan Imam Syafie ini adalah :

1. Imam Nawawi rh mengatakan bahawa kalam Imam al-Syafie ini hanya boleh digunakan oleh mujtahid sahaja. Shiekh Taqiyudin al-Subki  mengatakan bahawa sangat sukar untuk mendapati seseorang yang boleh mencapai tahap itu pada zaman sekarang [Ma’na Qawl Al-Imam Al-Muttalibi Iza Sahha Al-Hadithu Fahuwa Madhhabi]. Kalaulah benar-benar wujud kepakaran tersebut, maka bolehlah berlepas diri dari pandangan Imam Syafie.

2. Ini menunjukkan Imam al-Syafie sudah meneliti semasak-masak persoalan fiqh yang beliau bincangkan, pasti tidak ada nas-nas yang tidak benar, sehinggakan beliau sanggup mencabar dengan berkata, kalaulah benar ada yang bertentangan dengan hadith sahih, sila kemukakan. Ternyatalah pandangan Imam Syafie sangat kukuh sehingga kini.

3. Kata-kata Imam Syafie ini juga menunjukkan bahawa beliau sangat faqih didalam bidang hadith.

4. Ini merupakan kata-kata tawaddu’ dan merendah diri seorang Imam yang hebat. Janganlah kita mengambil kata-kata Imam ini secara zahir tanpa melihat maksud tersirat yang terkandung didalamnya. Kata-kata ini semata-mata menjadi satu pemisah diantara kitab beliau dengan al-Quran dan sunnah.

5. Hampir semua Imam-Imam Mazhab dikaitkan dengan kenyataan ini menunjukkan bahawa kesemua Imam-Imam ini selagi boleh telah mengumpulkan semua maklumat yang benar didalam kitab-kitab mereka. Malahan, melalui ratusan tahun, kitab-kitab mereka ini dibawa oleh fuqaha’-fuqaha’ yang menjadi pelapis mereka yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tetap utuh. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Shiekh Zafar Ahmad Uthmani bahawa kata-kata ini menjelaskan bahawa Imam-Imam Mazhab ini mempunyai keupayaan didalam melihat nas-nas dan mempunyai pengetahuan yang luas didalam fiqh.

Pada zaman sekarang ini, tidak mungkin ada yang boleh mengatakan bahawa seseorang faqih itu mempunyai pandangan yang rajih dari Imam-Imam empat ini. Tidak mungkin Imam Syafie dan Imam-Imam lain terlepas pandang beberapa hadith sahih, kerana mereka ini hidup dizaman periwayatan hadith dan mereka juga salah seorang dari perawi hadith di zamannya. Mana mungkin ulama’ sekarang yang hanya berdasarkan kitab semata-mata menilai semula atau mentahqiq pandangan Imam-Imam yang hebat ini. Seolah-olah Imam Taqiyudin al-Subkhi mengatakan agak tipis untuk melahirkan seseorang yang boleh mencabar pandangan-pandangan Imam-Imam ini pada zaman sekarang. WA.

Sekian, wassalam 7 Zulhijjah, 3 Nov 2011

Feminisme Islam Zainab Al-Ghazali – Bahagian II

Di sana, terdapat, suatu elemen sufistik yang kuat dalam susuk feminismenya. Elemen sufistik ini agak unik dalam konteks Mesir kerana ia mengapungkan pandang hagio-sentrik, berdasarkan ajaran atau contoh yang biasanya diterajui dan dipelopori oleh mistikus lelaki. Dalam kes Zainab al-Ghazali, pemimpin yang sering dirujuk dan dijejak inspirasinya adalah Hasan al-Banna, pendiri Gerakan Ikhwan [al-Ikhwan al-Muslimun]. Beliau malah pernah mengucapkan: “Saya telah mengikrarkan bai’ah yang utuh kepada Hasan al-Banna bahawa saya akan mati di jalan Allah…”

Kategori Berita: