January 2012

[Terjemahan Juz 30 Tafsir Asad Telah Siap!] Memperingati Muhammad Asad

Dr Ahmad Farouk Musa

Muhammad Asad, salah seorang pemikir Islam teragung yang pernah hidup, akan tetapi hampir tidak di kenali di Barat dan suatu misteri bagi kebanyakan orang Islam sendiri. Tetapi, kepada mereka yang mengikuti kehidupannya melalui buku-buku dan penulisannya, pasti mengetahui bahawa tidak ada seorangpun yang lebih banyak memberi sumbangan di dalam zaman ini terhadap kefahaman Islam dan kebangkitan umat Islam, atau berkerja lebih keras untuk membina jambatan diantara Timur dan Barat, melebihi daripada Muhammad Asad.

Benarkah Dakwaan al-Imam al-Syaukani Seorang Syiah?

Imam al-Syaukani pengarang kitab tafsir Fathul Qadir dan kitab syarah Hadis Nailul Authar sering disebut-sebut sebagai seorang Syiah. Sebahagiannya bertujuan untuk mengatakan, seorang ulama yang hebat seumpama imam al-Syaukani yang diterima oleh seluruh kaum Ahlus Sunnah sendiri adalah seorang Syiah. Jadi, mengapa kita pula tidak dapat menerima Syiah..

Apakah benar dakwaan ini.. Dan apa komen anak murid beliau sendiri tentang hal ini. Saksikan video di bawah ini:

Buktikan! Siapa Dakwa al-Bukhari Haramkan Amal Hadith Dhaif

FB Ustaz Adlan Abd Aziz: Utk perhatian peminat ilmu Hadith: Dakwaan sebahagian pihak bahawa ulama hadith silam spt al-Bukhari, Muslim dll 'mengharamkan' beramal dgn hadith dhaif - adalah dakwaan yg tiada bukti dan sokongan, hanya dakwaan. Jika anda tidak setuju, maka datangkan bukti!

Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah (Majalah Islami Terbaru)

Ada berita gembira buat pencinta ilmu Islam!

Alhamdulillah, tahun 2012 ini, telah lahir satu lagi majalah baru yang insyaALLAH dapat menggalakkan lagi usaha ke arah mentajdidkan ummat Islam di Malaysia.  Dengan bermotokan Ihya’ As-Sunnah, majalah dengan 100 muka surat dan berwarna-warni ini bakal mencuri hati para pembaca, khususnya para pencinta ilmu Islam, kerana di dalamnya sarat dengan kupasan ilmiah dan menyentuh isu-isu terkini ummat Islam.

The Message of the Qur’an: Metodologi Hermaneutika Muhammad Asad

Olahan Dr Ahmad Farouk Musa

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya yang telah mengajarkan Al-Quran (kepada manusia). Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah memberikan keupayaan kepada manusia untuk berfikir dan bertutur.” [55:1-4]

Keseluruhan pendekatan hermeneutika Muhammad Asad terletak pada penegasan beliau bahawa setiap kenyataan al-Qur’an adalah ditujukan kepada akal manusia. Oleh itu ia mestilah mampu difahami baik secara literal atau secara alegori. Al-Qur’an hanya boleh difahami sekiranya ia dibaca dengan pertimbangan yang teliti, secara keseluruhan, dan bukannya sekadar sebuah himpunan maksim moral, cerita atau undang-undang yang tidak saling terikat.

 

Impian Semua Orang: Perpaduan Salafi dan Asya'irah

Antara isikandungan video:

  • Ada beberapa hal Wahabi lebih baik dari kita.. Namun, ada beberapa perkara yang Wahabi bersikap keterlaluan. Tetapi kita tidak boleh sampai menyesatkan dan mengkafirkannya.
  • Perbezaan antara kita dan Wahabi ialah dalam furu' aqidah bukan Usul aqidah..
  • Tak perlu ungkit sangat beberapa kesilapan golongan Wahabi. Kerana golongan Asya'irah juga ada kesilapan..
  • Masalah Wahabi ialah menganggap Asya'irah sebagai sesat. Masalah golongan Asya'irah pula ialah menganggap hanya pendapat mereka tidak boleh dikritik langsung.

Kategori Berita: 

Islam Progresif : Wacana Kritis terhadap Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim

Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front (IRF)

Sarjana yang pertama kali menggunapakai istilah 'Islam Progresif' ialah Greg Barton. Misalnya dalam gerakan Islam di Indonesia, Barton telah menggambarkan suatu wacana khas tentang kelompok Islam 'Pasca Modernis' yang digunakan untuk menjelaskan paradigma baru gerakan Islam yang disebut sebagai 'Neo-Modernisme Islam'. Maka, Islam progresif itu hanya ditanggapi sebagai sebutan gerakan baru Islam tanpa menyisihkan dan membeza-bezakan gerakan Islam ini dengan banyak gerakan lain yang sebelumnya.

Kemuncup Di Padang Dakwah (Nasihat Buat Pendakwah)

By Shahmuzir

Berjalan di padang yang berkemuncup memang tidak dapat dielakkan dari kemuncup itu melekat di kaki seluar.  Adalah kurang bijak jika seseorang itu asyik berhenti di tengah padang untuk membuang kemuncup yang melekat kerana sudah tentu kemuncup-kemuncup akan melekat lagi di kaki seluarnya.

Yang lebih baik ialah abaikan dahulu kemuncup-kemuncup yang melekat itu dan teruskan langkah hingga sampai di tempat sesuai yang tiada kemuncup lagi.  Di situ cabutlah semuanya.  Perbuatan ini tentunya lebih produktif dan efektif.