Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah (Majalah Islami Terbaru)

Primary tabs

Ada berita gembira buat pencinta ilmu Islam!

Alhamdulillah, tahun 2012 ini, telah lahir satu lagi majalah baru yang insyaALLAH dapat menggalakkan lagi usaha ke arah mentajdidkan ummat Islam di Malaysia.  Dengan bermotokan Ihya’ As-Sunnah, majalah dengan 100 muka surat dan berwarna-warni ini bakal mencuri hati para pembaca, khususnya para pencinta ilmu Islam, kerana di dalamnya sarat dengan kupasan ilmiah dan menyentuh isu-isu terkini ummat Islam.

Majalah yang dimaksudkan ialah Majalah Dian.

Kulit depan:
 

Tajuk/kandungan dalam majalah:
 

Tidaklah hati ini tertarik untuk membelinya melainkan setelah melihat barisan penulis yang menulis di dalamnya.  Mereka adalah tokoh-tokoh yang saya sangat hormati dan telah beberapa kali saya mengambil mutiara ilmu dari mereka.  Selain mendapat manfaat dari ke`aliman mereka, hati saya juga selalu tersentuh dengan akhlaq yang mereka pamerkan.  Selalu ego yang meraja di dalam hati tersungkur apabila melihat betapa tawadhu`nya mereka.  Mereka yang saya maksudkan ialah:

  1. Dr Johari Mat
  2. Dr Fauzi Deraman
  3. Dr Abdullah Yasin
  4. Dr Mohd Radzi Othman
  5. Dr Abdul Basit Abdul Rahman

…hafizohumullah, semoga mereka dipelihara ALLAH, amin.

Terdapat juga lain-lain penulis yang juga berkaliber dan berkeahlian di dalam bidang ilmu masing-masing menulis di dalam majalah ini.

Berikut adalah 'snapshoot' sebahagian helaian yang terkandung di dalam majalah ini:
http://muzir.wordpress.com/2012/01/24/majalah-dian-ihya-as-sunnah/ 

Saya secara peribadi merekomen sahabat-sahabat sekalian agar cuba mendapatkan majalah ini dan kutiplah segala yang bermanfaat daripadanya.

Harga majalah ini bagi Semenanjung ialah RM9.50, manakala bagi Sabah/Sarawak ialah RM11.50.  Untuk mengenali lebih lanjut mengenali majalah ini, kalian boleh juga melawat  http://www.majalahdian.com.my/

Jika sahabat-sahabat sekalian sukar untuk mendapatkannya, silalah hubungi Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd di 03-40237045 atau boleh juga faks 03-40237048.  Atau boleh juga menelefon en Mohamad Sukri Abdullah di 019-6190145.  Mungkin kalian boleh mengambil bahagian mengedarkan majalah yang bagus ini di tempat kalian, insyaALLAH.

Semoga ALLAH memberkati usaha penerbitan majalah ini dan semoga kita semua diberikan hidayah dan taufiq dariNYA, amin…

=====
*Disunting dari sini.