January 2012

Golongan Yang Paling Banyak Bergaduh Ialah Golongan Ustaz?

Apabila golongan ustaz suka bergaduh sesama sendiri. Saya teringat kpd seseorang yg berkata kpd saya, "Ustaz percaya tak bhw golongan yg paling byk bergaduh ialah golongan ustaz? Doktor, Engineer, Lawyer, businessmen tak byk gaduh mcm geng ustaz". Saya tak mahu komen statement mcm ni.

Kategori Berita: 

Berubat: Tidak Bid'ah Beramal Dengan Amalan Yang Diperolehi Melalui Mimpi

Sebahagian ulama dahulu bermimpi diajar agar beliau membaca ayat-ayat  tertentu untuk menyembuhkan penyakitnya. Bila ia diamalkan, ternyata penyakitnya sembuh. Kemudian berdasarkan pengalamannya ini, beliau mengajarkannya kepada orang lain agar sama-sama memperoleh manfaat. Cara begini tidaklah dianggap sebagai bid'ah, kerana ia bukan perkara ibadah, tetapi untuk penyembuhan penyakit.

SJ-07-0211 : Hukum bertanya status mayat?

Salam,

Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Saya merasakan perkara ini dilakukan bersandarkan kepada hadis sahih riwayat Muslim seperti berikut:

Islam dan Demokrasi: Suatu Analisis Teoritis

Jeremy P. Barker, Zirve University | (Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, IRF)

Persoalan tentang kesejajaran antara Islam dan demokrasi telah berlarutan selama beberapa generasi. Perkembangan terbaru dalam teknologi, pengangkutan dan komunikasi telah memungkinkan interaksi antara negara “demokratik” di Barat dan masyarakat tradisional Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara diperkuat dan diangkat. Perkembangan politik, agama dan sosial dari pelbagai budaya kini hanya sejauh capaian televisyen atau internet saja.

Tips Menghafal al-Quran - Sheikh Abdus Salam Bali

Daripada penerangan Sheikh Abdus Salam Bali di atas, dapat difahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:

1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)

[Mesti Baca!] Mereka Tiada Apa-apa Sumbangan Melainkan Hanya Mencela Para Ulama & Pendakwah

Al-Sya’rawi, al-Qardhawi, Hassan, Gomma dan al-Awwa ……. siapa yang menghangatkan kemuliaan mereka?

Oleh
Najeh Ibrahim

Ada dikalangan pendakwah Salafiyah yang menyerang tanpa berlandaskan kebenaran ke atas Sheikh Mohamed Hassan, di mana beliau telah dianggap sebagai simbol kesederhanaan (moderate), adil, memiliki akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan, di mana perkara-perkara ini yang para pendakwah salafi gagal membawanya sejak dahulu lagi, di mana mereka tidak meninggalkan khazanah keilmuan, melainkan hanya menyerang dan memalukannya dengan tuduhan-tuduhan yang buruk tanpa kebenaran.

Politik Islam: Kaedah dan Pendekatan PAS Selangor

Saya ingin menjelaskan pandangan saya berhubung kaedah dakwah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor dalam keadaan PAS Selangor berada dalam kerajaan bersama PR. Bagi sebahagian orang yang tidak memahami proses dakwah, mereka menganggap kedudukan PAS Selangor sebagai ‘minor’ partner adalah tidak bermakna dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perjuangan dakwah Islam yang dibawanya. Kekeliruan ini akan terus menghantui mereka sehingga persoalan ini dijelaskan.


Pada mulanya saya ingin mengatakan bahawa walaupun kerusi PAS adalah agak kurang, namun, kerajaan PR tidak boleh terus berkuasa tanpa adanya PAS bersamanya. Maka kedudukan PAS adalah sepenting parti komponen lain dalam PR. Oleh itu, tanggapan bahawa ‘minor’ partner adalah tidak berpengaruh atau tidak berkuasa adalah amat meleset sekali.

Kenyataan Akhbar IRF Isu Demonstrasi Mahasiswa Di UPSI 1.1.2012

Memperingati Keganasan Terhadap Mahasiswa - Apakah Sebenarnya Matlamat Pendidikan? || 4 Jan 2012

Islamic Renaissance Front (IRF)

Pendidikan pada dasarnya berkait dengan pencarian kebenaran. Untuk menegaskan bahawa kebenaran harus dizahirkan bererti menyatakan bahawa ia harus disingkap melalui proses refleksi yang kritis dan bermakna.

Proses tersebut mungkin sukar pada suatu masa, mengeliru dan mengecewakan, lantaran jarang diperoleh, secara terus detik kefahaman dan pencerahan. Tetapi ini sebenarnya yang membezakan antara pembelajaran sebenar dengan sekadar penghafalan, ikutan semberono atau indoktrinasi.

Ini Bukan Gambar Ustaz Azhar Idrus Bermain Biola

zain-ys

Kiyai  Ahmad Dahlan Mengajar & Mendidik Guna Alat Muzik
Beliau (1868 - 1923) adalah pengasas Muhammadiyah sebuah pertubuhan Islam yang hebat di Indonesia. Seorang tokoh pembaharu Islam dan pendidikan.

Petikan dari wikipedia:
Kyai Haji Ahmad Dahlan lahir di Yogyakarta pada 1 Ogos 1868 dan meninggal dunia di Jogyakarta pada 23 Februari 1923.

Wacana Negara Ideal

Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, IRF

Ramai aktivis Islam yang beranggapan bahawa sebuah Negara yang ideal atau Negara Islam itu mestilah sebuah Negara Hukum. Hal ini adalah berdasarkan anggapan mereka bahawa Syari’ah mempunyai penyelesian kepada semua masalah manusiawi, dan ini sudah cukup merangkumi apa yang diperlukan oleh suatu negara.

Dengan kerana itu, sekiranya kita berkuasa maka kita akan dapat melahirkan sebuah masyarakat dan negara Islam yang ideal, kata mereka.