March 2012

Lamarlah Lelaki Itu...

By Shahmuzir

“Bolehkah wanita melamar lelaki?”
“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”

Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui.  Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu.

PENGISYTIHARAN OKU KELANTAN 2012

Kami peserta-peserta Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan dengan penuh takzim dan tawaduk, bersama dan bersatu bersetuju menyatakan iltizaman kebersamaan kami bagi menzahirkan suatu penisytiharan yang dinamai Pengisytiharan OKU Darul Naim 2012.

Adalah pada hari ini 13 Mac 2012 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433, menyatakan sebagaimana berikut:

Abduh Sang Reformis

Dr Ahmad Nabil Amir |Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh berteraskan kepada ide Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.

[VIDEO] Sistem Pondok Banyak Jasa Dalam Dakwah & Penyebaran Islam

Antara isikandungan video ialah:

• Sistem Pondok dan aliran pengajian Hadis, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Lulusan sistem Pondok berkemahiran dalam ilmu alat, seperti Nahu dan Sorof.
Aliran Pondok telah banyak menabur jasa dalam bidang dakwah.
Mereka belajar mazhab masyarakat setempat, iaiatu mazhab al-Syafii. Berbanding dengan aliran pengajian Hadis di Deoband India. Mereka belajar mazhab Hanafi.
Menuntut ilmu di pelbagai aliran akan membuatkan lebih bersikap terbuka dalam menangani isu perselisihan mazhab.

    Wacana Kepimpinan Ideal

    Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front

    Dalam beberapa pertanyaan penting terhadap kepimpinan yang berkesan, sudah tentulah ide utama ialah peri-pentingnya sifat kepimpinan yang mendekatkan kita dengan kemaslahatan sejagat terpaut dalam pembentukan pemimpin yang ideal. Jadi, sejauh manakah syarat yang harus diresapi lapisan kepimpinan era ini dapat membentuk siasah yang sempurna?

    Keadaan mudahnya begini – seorang doktor yang berjaya adalah doktor yang memahami psikologi pesakitnya. Seorang arkitek yang berjaya adalah mereka yang menjalinkan struktur arkitektur dengan hubungan terhadap keharmonian masyarakat dan alam. Seorang pensyarah yang berjaya tentulah pula golongan cendiakawan yang menyampaikan syarahannya dengan penuh manfaat. Tetapi, apa pula telahan kita dalam menentukan watak kepimpinan yang berjaya.

    Menyayangi & Melindungi Anak Walau Sedang Solat

    Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan?  Dalam keadaan apa sekali pun, asyik diajak kita untuk bermain.  Kadang-kadang tengah-tengah malam jam 2 atau 3 pagi pun diajaknya kita bermain jika dia terbangun pada waktu itu.  Memang seronok bermain dengan anak-anak.  Melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita, walaupun dalam keadaan kita penat sekali pun.  Itulah anak-anak…

     

    Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

    Bagi kita di Malaysia mungkin kali terakhir kita membaca atau mendengar kisah Khomeini ialah peristiwa mayatnya diusung dan diaibkan apabila seluruh dunia melihat batang tubuhnya yang kaku hampir ditelanjangkan dan jatuh tergolek ditarik oleh pengikut-pengikut fanatik yang berebut-rebut. Walaupun kerajaan Iran berusaha menghalang penyiaran gambar yang memalukan itu, sekeping gambar yang diperolehi oleh AP tersiar di seluruh dunia.

    Kisah Yang Boleh Menginspirasikan Para Pendakwah

    ImageSeorang Sheikh telah mendapat jemputan ceramah agama dari sebuah perkampungan yang letaknya sejauh 400km.  Untuk tidak menghampakan penganjur dan penduduk setempat, maka Sheikh tersebut pun bersetuju untuk datang ke perkampungan itu.

    Sampai sahaja di perkampungan tersebut, beliau telah disambut oleh seorang lelaki yang merupakan penganjur kepada program ceramah yang diadakan.  Si Sheikh agak terkejut dengan penampilan lelaki itu.  Bukan sahaja pakaiannya tidak sesuai dengan majlis ilmu, malah tangannya pula asyik memegang puntung rokok yang berasap.  Si Sheikh dapat mengagak latar belakang penduduk perkampungan itu dengan melihat kepada peribadi lelaki penganjur itu. Jika si penganjur majlis agama pun sudah macam itu, tentu agaknya penduduk lain lebih kurang macam itu atau lebih teruk lagi.

    Fatwa perlukan 'Ilmu-ilmu Alat'

    Artikel oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia dalam Utusan 09 Feb 2012.

    Petikan: Pemahaman sesuatu hukum dalam Islam itu bukan sekadar membaca dari teks-teks terjemahan semata-mata sebagaimana yang didakwa sesetengah golongan tertentu tetapi perlu diambil dari sumber asalnya berdasarkan 'ilmu-ilmu alat' yang tertentu.