March 2012

Terkini Ayah Pin..

Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. [harian metro]

Tariq Ramadan: Persamaan Para Salafi (The Salafist Equation)

Persamaan Para Salafi (The Salafist Equation)

Oleh: Prof Tariq Ramadan (Diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Islamic Renaissance Front)

Sementara kita mengikuti perkembangan politik di kedua-dua wilayah Barat dan Utara Afrika dan juga di Timur Tengah, adalah kritikal untuk memberi perhitungan penuh terhadap “persamaan rangkaian Salafi”, yang mungkin terbukti sebagai salah satu cabaran agama dan politik yang paling signifikan dalam tahun-tahun mendatang. Setahun setelah tercetusnya kebangkitan Arab, pertubuhan Salafi dan parti-parti politik Salafi memainkan peranan yang terus meningkat aktif di sepanjang Timur Tengah dan wilayah Utara Afrika.

Kategori Berita: 

Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram

facebookAssalamualaikum,

Entri hari ini saya mengambil artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, 24 Jan 2012. Amat menarik pendedahan yang dilaporkan, dan bagi saya, skim pelaburan sebegini akan terus menular dek kerana kebodohan manusia itu sendiri. Tiada jalan pintas untuk mendapat kekayaan. Kita perlu berusaha dan bekerja untuk dapatkan wang, bukannya dengan mempercayai janji-janji manis yang akhirnya jadi hempedu. Nak kata padan muka pada mereka ni kesian la pulak…tapi, sesungguhnya mereka perlu salahkan diri sendiri kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum meleburkan duit simpanan mereka dalam skim yang haram ini.

ok lah…ini adalah artikel yang saya petik daripada Utusan Online:

Malik Bennabi dan Falsafah Tajdid

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front

Malik Bennabi (1905-1973), adalah nama yang mungkin tidak asing bagi para Islamis yang mempelopori agenda reformis.  Beliau merupakan sosok humanis Islam par excellence yang telah mengukir sumbangan yang bermakna dalam merangka strategi pembangunan dan pencerahan di dunia Islam.

Malik Bennabi inilah yang disanjung oleh pemikir dan pemimpin Hizb an-Nahdah Tunisia masakini, Rached Ghannouchi sebagai tiang seri pemikiran Islam dan pencetus semula rasionalisma Ibnu Khaldun.

 

Menyamakan Cara Solat Lelaki dan Wanita - Fiqh Sunnah, Salaf atau Salafi Moden?

Dari masa ke semasa masih ada dalam kalangan penuntut ilmu atau ilmuan yang membangkitkan cara solat mengikut 'salaf soleh' atau ikut 'Hadith Sahih'. Seruan yang amat baik pada luarannya tapi belum tentu jika dilihat pada isi kandungannya. Kenapa saya katakan begitu? Kerana ada di antara mereka yang melaungkan slogan tersebut tetapi bila dilihat kandungannya maka didapati ia hanya bersandarkan satu atau dua buku semata. Ada yang melaungkan demikian tapi dilihat memenangkan satu pandangan dan menolak pandangan lain yang juga ilmiah. Ada yang menggunakan slogan itu tapi dilihat begitu literal atau zahiri tanpa meraikan atau mempertimbangkan huraian yang begitu banyak dalam buku-buku ulama zaman berzaman.

Isikandungan Memorandom BANGKIT 2012

MEMORANDUM BANGKIT 2012
Disediakan oleh: Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 ( BANGKIT 2012 * )
17 Mac 2012

Memorandum Menuntut Kerajaan Mewujudkan Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta Serta Masyarakat Yang Cakna dalam Memahami Keperluan, Keupayaan Dan Sumbangan oleh Orang Kurang Upaya. Bermula berkuatkuasanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) pada 7 Julai 2008 adalah suatu tahap kejayaan yang penting kepada usaha membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan tindakan kerajaan meratifikasikan “Convention on the Rights of Persons with Disabilities” pada19 Julai 2010.

Islam Progresif: Wacana Kritis dalam Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim - Bahagian Ke-II

Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front
(Nota: Bahagian pertama artikel boleh dibaca di sini..)

Sebelum ini, dalam bahagian pertama kemasan artikel ini, saya dengan lanjut menimbangtara definisi dan takrif yang melantunkan wahana kritis dalam elemen beragama. Tambahan pula, saya juga melampirkan beberapa pandangan akademik yang lanjut untuk memahami bahasa kritis ini di dalam ruang lingkup Islam yang serba progresif, maju dan mempunyai jaringan konteks dengan keseimbangan penguraian teks dan akal mengikut paradigma zaman yang tidak mendap dan rigid.

Tiga Buku Diterbitkan Di Indonesia Bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Diharamkan

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

SJ-07-0212 : Hukum menanam anggota badan yang terpisah

Assalamu'alaykum wbt

persoalan:
jika ada anggota badan yang terpisah daripada jasad, apakah perlu ditanam anggota tersebut?
contohnya anggota/organ tersebut terpisah atas sebab:
1- pembedahan (disebabkan penyakit dsb)
2- kemalangan
dan anggota tersebut tidak boleh disambung kembali selama2nya.

dan jika janin mati di dalam kandungan, adakah cara menguruskannya sama seperti menguruskan mayat biasa? atau cukup sekadar menanamnya?

mohon pencerahan