SJ-07-0212 : Hukum menanam anggota badan yang terpisah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0212 : Hukum menanam anggota badan yang terpisah

Assalamu'alaykum wbt

persoalan:
jika ada anggota badan yang terpisah daripada jasad, apakah perlu ditanam anggota tersebut?
contohnya anggota/organ tersebut terpisah atas sebab:
1- pembedahan (disebabkan penyakit dsb)
2- kemalangan
dan anggota tersebut tidak boleh disambung kembali selama2nya.

dan jika janin mati di dalam kandungan, adakah cara menguruskannya sama seperti menguruskan mayat biasa? atau cukup sekadar menanamnya?

mohon pencerahan

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Hukum menanam anggota badan yang terpisah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Adalah mustahab (digalakkan) apabila anggota badan yang terpisah dari badan seseorang yang masih hidup ditanam didalam tanah. Walaupun hukumnya bukan wajib, akan tetapi sebagai memuliakan kedudukan manusia sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي ءَادَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” [surah al-Isra’ ayat 70].

Menurut Imam al-Nawawi rh didalam al-Majmu’ bahawa amalan pengkebumian tidak hanya dikhususkan kepada kematiannya sahaja, bahkan semua anggota yang terpisah dari badan orang yang hidup, seperti rambut, kuku dan selainnya adalah mustahab ditanam.

Hendaklah ditanam didalam tanah yang dikorek dan ditimbuskan anggota tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan dari anggota tersebut dibaham oleh binatang buas . Imam Nawawi rh ada menyebut bahawa :

ونقل المتولي رحمه الله الاتفاق على أنه لا يغسل ولا يصلى عليه فقال: لا خلاف أن اليد المقطوعة في السَّرقة والقِصاص لا تغسل ولا يُصلَّى عليها، ولكن تلفُّ في خِرقة وتدفن وكذا الأظفار المقلومة والشَّعَر المأخوذ من الأحياء لا يصلَّى على شيء منها، لكن يستحَبُّ دفنها
“al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disolatkan. Kata beliau: Tiada khilaf bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disolatkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disolatkan, tetapi mustahab ditanam.” [al-Majmu’ 5/254].

Mengenai kematian janin yang belum bernyawa lagi, Imam al-Nawawi rh mengatakan bahawa janin tersebut sunat ditanam tanpa perlu disolatkan. Maknanya dibolehkan untuk membasuhnya dan dibungkuskan dengan kain dan disunatkan untuk di tanam. Malah menurut sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani rh adalah haram bersolat keatasnya.

Kesimpulannya, apa sahaja yang terpisah dari badan manusia yang masih bernyawa seperti rambut, kuku, darah, jari, dsb adalah mustahab ditanam didalam tanah. Ini adalak kerana Allah swt memuliakan manusia ini. WA.

Rujukan fatwa :-

دفن الأعضاء المقطوعة
http://www.fatawah.com/Fatawah/439.aspx

أعضاء الإنسان المبتورة... هل تدفن ؟
http://english.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&lang=&Option=FatwaId&Id=9187

خيرالأمين