July 2012

Kebangkitan Arab: Permulaan kepada Keadilan Sosial, Multi Parti Demokrasi dan Pluralisme Agama

Satu peristiwa yang paling penting yang telah tercetus di dunia Islam pada tahun-tahun belakangan tidak lain daripada Musim Semi Arab atau apa yang diungkapkan sebagai Kebangkitan Arab oleh Profesor Tariq Ramadan dalam bukunya yang terbaru.

Ramai yang curiga dengan kebangkitan Arab. Bagi Barat, kekhuatirannya adalah ia mungkin membawa terobosan kepada Revolusi Islam. Kebangkitan ini akan menurut jejak revolusi Iran yang berwatak demagog, ganas, keras pendirian, perluasan dan paling penting anti-Barat.

AWAS!! Kepalsuan Hadis Kelebihan Sembahyang Tarawih..!

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Benarkah 12 Imam Syiah Terdapat Dalam Kitab Hadis Ahlus Sunnah?

Syiah Imamiyah mendakwa ada hadis dalam sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang jelas menunjukkan wujudnya 12 imam mereka. Benarkah dakwaan ini? Apa pula yang dimaksudkan dengan 12 orang amir (riwayat al-Bukhari) dan 12 orang khalifah (riwayat Muslim)? Maulana Mohd Asri Yusoff menjawab persoalan ini.

Ramadhan: Jangan Cemarkan Hati Anak-Anak Yatim & Penuntut Ilmu Agama

Kebiasaannya, apabila munculnya Ramadhan, anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu (khususnya penghafaz al-Quran) akan diberikan perhatian oleh masyarakat untuk berbuat kebajikan kepada mereka.  Alhamdulillah, itulah sebaik-baiknya.  Sewajarnya kita semua berlumba-lumba berbuat kebajikan demi mendapatkan keredhaan ALLAH setiap masa, apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

 

Mengapa Tak Reti Berdoa?

{ 1 } YANG BIASA DITEMUI
“ Bukan saya tak mahu berdoa , tapi saya ini jahil agama. Bahasa Arab pun tak tahu. Jadi, bagaimana saya hendak berdoa ? “
“ Anak saya nak masuk akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Minta tolonglah ustaz / imam / pak lebai tu doakan anak saya ya “ .
“ Bagaimana saya hendak berdoa jika awak yang tahu pun tak pernah ajar saya bagaimana caranya “ .

Ustaz Aizam JAKIM: Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam karya "Perempuan Nan Bercinta"

Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. Tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h.

 

 

[Video] Membongkar Jaringan Islam Liberal (JiL) Di Indonesia

Petikan dari TV al-Hijrah - Isu Akidah (27/06/12) Jaringan Islam Liberal (JiL) Indonesia.
Menyingkap jaringan Islam Liberal Indonesia berdasarkan kacamata Tv al-Hijrah. Untuk mengetahui akar pemikiran JiL ini adan boleh menyingkapnya di sumber asalnya di sini: http://islamlib.com/id
Maaf! Kualiti video kurang memuaskan.