September 2013

Maulana Asri: Aliran Pondok Tolak Ibnu Taimiyah.. Aliran Deobandi Menerimanya Dengan Baik. Mengapa?

Darul Ulum Deoband, India

Antara perbezaan yang ketara ialah, boleh dikatakan pondok pengajian di nusantara khasnya di Malaysia menolak bulat-bulat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim al-Jauziyah. Malah bukan sedikit yang mengkafirkannya. Sedangkan aliran deobandi menerima baik dua tokoh ini. Mengapa dua aliran ini berbeza dalam masalah ini?

Kategori Berita: 

Mat Sabu Dedahkan Kepimpinan Ulama PAS & Unit Amal Diimport Dari IRAN

Revolusi Iran

Mat Sabu: "Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

Kategori Berita: 

[Dikemaskini] Kenapa Maulana Asri Kurang Bersetuju Pengijazahan Sanad Untuk Orang Awam?

Khatam Sahih al-Bukhari Deoband

Pengijazahan sanad kepada orang awam mula bertapak di negara kita. Ada pro dan kontra, Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Maulana Mohd Asri Yusof dari Darul Kautsar seorang tokoh hadis di Malaysia kurang bersetuju dengan pengijazahan begini. Beberapa persoalan yang dilontarkannya..

Kategori Berita: 

Apa Siswa Universiti Kaherah Buat Kepada Syeikh Ali Jum'ah?

Info Audio Video: 
Siswa Universiti Kaherah membantah kunjungan bekas Mufti Ali Jum'ah ke universiti ini. Syeikh sebelum ini bersama 2 ulama lain dikaitkan dengan fatwa kepada tentera boleh membunuh penunjuk perasaan pro Mursy di Rabaah.
قام طلاب جامعة القاهره بطرد المفتى على جمعه اليوم بعد اقامة ندوه فى الجامعه خلف هتافات يا مفتى يابن الكلب الشهداء جوه القلب

Maulana Asri: Nabi s.a.w. Larang Nyalakan Lampu Ketika Tidur

Pelita

Video ini akan menjawab persoalan berikut: Mengapa Imam al-Bukhari meletakkan bab ini di bawah tajuk meminta izin? Mengapa dilarang menyalakan lampu atau api semasa tidur? Apakah larangan ini bermaksud haram? Mengapa diperintah sebelum tidur agar menutup bekas makanan dan pintu rumah? Apa maksud api adalah musuh kamu?

Kategori Berita: 

Kita Boleh Berselisih Tentang Dr MAZA, Tapi Kita Mesti Sepakat..Video Ini Memang Teruk!

Info Audio Video: 
Mungkin banyak perkara yang kita tak bersetuju dengan Dr MAZA, tapi contoh akhlak salaf kah pembuat video ini? Kita Boleh berselisih tentang idea yang diketangahkan oleh Dr MAZA, tetapi kita mesti sepakat seiya sekata mengeji pembikinan video-video begini

Dialog Kaisar-Abu Sufyan: Syiah Cuba Buktikan Islam Bukan Agama Kebenaran..

Surat Nabi kepada Kaisar

Dalam kitab Taurat dan Injil yang asli sebelum dipinda ada menyatakan bahawa antara ciri kebenaran risalah Nabi Muhamad s.a.w. ialah, para pengikut yang masuk Islam ditangannya tidak akan murtad keislaman mereka. Dalam dialog antara Kaisar Rom dan Abu Sufyan r.a. ialah tentang perkara ini. Golongan Syiah cuba membuktikan risalah yang dibawa Nabi s.a.w. adalah dusta dengan cara mendakwa para sahabat baginda s.a.w. semuanya telah murtad kecuali beberapa orang.

Kategori Berita: