SJ – 2739 : MEMBAYANGKAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2739 : MEMBAYANGKAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Boleh tak kita imagine wajah dan rupa rasulullah SAW… macam dalam kitab Muhammad Hussin Haekal – Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW ada satu baby g menerangkan secara khusus ttg perawakan dan cirri-ciri Nabi…spt bentuk badan, cara berjalan dsb… Jadi?

Wa

Re: SJ – 2739 : MEMBAYANGKAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2739 : MEMBAYANGKAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang mengemukakan soalan di atas .

Saya memohon ribuan kemaafan daripada saudara dan semua para pengunjung di atas kelewatan membalas beberapa soalan pada minggu ini . Ini disebabkan saya begitu sibuk dengan berbagai program dan hampir setiap hari saya ke sana dan ke sini untuk menghadiri majlis-majlis pengajian di sekitar Bandaraya Kaherah ini .

Sebagai jawapan bagi soalan di atas :

Di antara salah satu keagungan dan kebanggaan bagi umat Islam ialah masih wujudnya begitu banyak dokumen-dokumen dan manuskrip-manuskrip serta karangan-karangan mengenai peribadi Baginda Rasulullah s.a.w . Apatah lagi , di dalam pengajian Ilmu Hadist dan Ilmu Sirah ( Perjalanan Hidup ) Baginda Rasulullah s.a.w .

Dan kedua-dua ilmu ini bukan sahaja mencerita apa yang pernah dilakukan dan dibicarakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w , bahkan ia menerangkan juga apakah jenis pakaian , makanan – minuman , sifat-sifat keperibadian , budi-perkerti , sifat-sifat fizikal dan juga tatacara hidup Baginda Rasulullah s.a.w .

Walaupun orang-orang Yahudi mendakwa mereka adalah para pengikut Baginda Nabi Musa a.s dan walaupun orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka mencitai Baginda Nabi Isa a.s , akan tetapi sehingga ke hari tiada sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan yang erat dengan kedua-dua nabi yang mulia itu a.s , hatta daripada sudut ‘Aqidah , Ibadah , Akhlaq dan tatacara hidup mereka .

Di antara kitab yang membicarakan khusus mengenai fizikal , sifat , dan tatacara hidup Baginda Rasulullah s.a.w ialah :

1 ~ ASY-SYAMAIL al-MUHAMMADIAH : Oleh al-Imam al-Muhaddist at-Tirmidzie rh .

2 ~ SYARAH ASY-SYAMAIL al-MUHAMMADIAH : Oleh al-Imam al-Baijuri rh dan juga Syeikh Ali al-Qari rh .

3 ~ AL-MAWAHIB al-LADUNNIAH : Oleh al-Imam al-Qastolani rh .

4 ~ SYARAH al-MAWAHIB al-LADUNNIAH : Oleh al-Imam az-Zarqani rh .

5 ~ ZADUL MA’AD FI HADYI KHAIRIL ‘IBAD : Oleh al-Imam Ibnu Qaiyim al-Jauziyah rh .

Ruangan TERJEMAHAN ASY-SYAMAIL al-MUHAMMADIAH telah pun disediakan oleh pihak al-Ahkam Online di URL berikut : http://al-ahkam.com.my/forum/postlist.php?Cat=&Board=syamail&page=0&view=collapsed&sb=2&o= yang dikendalikan oleh saudara kita yang tercinta ; al-Fadhil Saudara Gayat .
.

Di situ , kita boleh mengikuti segala maklumat yang direkodkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh mengenai segala yang berkaitan dengan Baginda Rasulullah s.a.w sehinggalah ke cara Baginda Nabi s.a.w berpakaian dan mendandan diri .

Adapun mengenai niat untuk membayangkan Baginda Rasulullah s.a.w melalui rekod-rekod yang tecatat di dalam kitab-kitab Hadist dan Sirah , maka kami menasihatkan saudara agar TIDAK PERLULAH BERBUAT DEMIKIAN ! .

Tidak ada sebarang arahan daripada Baginda Rasulullah s.a.w agar kita membayangkan wajah dan fizikal Baginda Rasulullah s.a.w , bahkan YANG DIPERINTAHKAN ialah agar kita merealisasikan IHSAN ( Beribadah seolah-olah kita melihat Allah Ta’ala sedang mengawasi kita ) dan YANG DISURUH ialah agar kita mengikuti segala ajaran Baginda Rasulullah s.a.w .

Kalau mahu membayangkan juga , bayangkanlah bagaimana pengorbanan yang begitu besar dan kesungguhan yang tidak terperi , yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w di dalam berjuang dan berdakwah , khasnya ketika berada di kedua-dua tanah suci , Makkah al-Mukarramah dan al-Madinah al-Munawwarah . Ini agar kita sendiri reti menghargai dan mencintai warisan yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan seterusnya mencintai Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ! .

Kalau kita mahu juga melihat Baginda Rasulullah s.a.w , maka berusahalah banyak-banyak untuk memenuhi segala arahannya dan pengajarannya . Insya-Allah , bukan kita akan dapat melihat Baginda Rasulullah s.a.w sahaja , malahan kita akan diberi nikmat terbesar sekali iaitu dapat melihat kepada Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala , Tuhan yang kita sembah selama ini !!! .

Dan kalau kita mahu juga melihat Baginda Rasulullah s.a.w , maka pintalah kepada Allah Ta'ala agar mengurniakan kita mimpi bertemu dan melihat secara jelas rupa-paras dan fizikal Baginda Rasulullah s.a.w yang dicintai .

Buatlah apa yang disuruh dan diperintahkan . Dan tinggalkanlah apa-apa yang tidak diperintahkan di dalam beribadah , kerana yang diperintahkan itu pun masih belum tentu lagi dapat kita tunaikan kesemuanya ! .

Kita bimbang , jika dibenarkan seseorang itu membayangkan ( mengimaginasikan ) wajah dan fizikal Baginda Rasulullah s.a.w , maka lama-kelamaan dia akan terjerumus ke dalam kesesatan .

Apakah tidak cukup dengan kesesatan seseorang yang melukis seorang tua yang bercahaya di atas sebuah bukit , berlatar-belakangkan Masjidil Haram lalu disangka itulah dia Baginda Nabi Khidir a.s ??? .

Apakah tidak cukup dengan kesesatan kaum Syiah yang melukis seekor kuda yang bersayap dan berkepala seorang wanita yang cantik , lalu mereka katakan itulah dia gambaran sebenar bagi Buraq yang ditunggang oleh Baginda Nabi s.a.w ketika peristiwa Israk ke al-Masjidil Aqso ??? . :devil

Buatlah apa yang diperintah dan disuruh oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan janganlah pula menyusahkan diri melakukan apa-apa yang tidak pernah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w , khasnya di dalam masalah beribadah kepada Allah Ta’ala ! .

Mengenai kitab ” HAYAT MUHAMMAD S.A.W “ yang ditulis oleh Dr. Muhammad Hussein Haikal , maka kitab itu BUKANLAH KITAB YANG SELAYAKNYA DIPELAJARI oleh umat Islam , khasnya bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pengajian Sirah Nabawiyah .

Kalau mahu dapatkan kitab sirah yang terbaik , dapatkanlah daripada cendekiwan Islam yang memang berada khusus di dalam bidang tersebut dan bukannya daripada seorang wartawan yang tidak kenal apakah disiplin pengajian dan pengkajian Islam yang diwarisi daripada para salafus solihin rh .

Sila dapatkan jawapan mengenai bahaya kitab tersebut di dalam :

BAHAYA KITAB " HAYAT MUHAMMAD S.A.W " OLEH DR. HAYKAL
http://al-ahkam.com.my/forum/showthreaded.php?Cat=&Board=UBB1&Number=11824

DISKUSI MENGENAI PEPERANGAN UHUD :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=16015

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
17 / Jumadi Awwal / 1424 H
17 / Julai / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum