SJ – 2722 : ESOK MESTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2722 : ESOK MESTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Mengenai “esok lebih baik dari hari ini”… hadiske?

Wa

Re: SJ – 2722 : ESOK MESTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2722 : ESOK MESTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang selalu mengunjungi kami dan mengemukakan soalan .

Soalan di atas ialah berkenaan kata-kata : “ SETIAP MUSLIM MESTILAH MEMASTIKAN BAHAWA KEESOKAN HARINYA MSTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI “ .

Kata-kata di atas adalah di antara kata-kata hikmah yang sangat berharga di kalangan umat Islam . Walaupun ia bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w , akan tetapi isi-isinya tidak bertentangan , malahan bersesuaian pula dengan ajaran-ajaran Islam .

Inilah yang digelar sebagai MUHASABAH ( Menghitung Kembali Salah & Silap ) dan MUROQABAH ( Pengawasan Allah Ta’ala ) di kalangan para solihin rh . Iaitu setiap umat Islam mestilah sentiasa memeriksa kembali ( check ) amalan-amalan yang dilakukan pada hari ini dan memastikan setiap kesilapan yang dilakukan pada hari ini , tidak akan berulang lagi pada keesokan harinya .

Begitulah juga , MUHASABAH dan MUROQABAH ini dilakukan agar setiap ilmu dan amalan yang kita miliki , akan lebih bertambah pada keesokan hari .

Amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini sendiri adalah dalil bahawa iman kita ini ada pasang-surutnya . Sila pelajari masalah tersebut di :

SJ - 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15443

Amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini BUKANLAH SATU BID’AH yang dicipta oleh golongan sufi melainkan ia sendiri berasal daripada ajaran al-Quranul Karim dan as-Sunnah sendiri . Di antara dalil-dalil yang menggesa agar setiap orang beriman itu sentiasa bermuhasabah dan merasai muroqabah ialah :

{ 1 } ~ Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Hasyar , ayat 18 :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó æóáúÊóäÙõÑú äóÝúÓñ ãøóÇ ÞóÏøóãóÊú áöÛóÏò æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó Åöäøó Çááøóåó ÎóÈöíÑñ ÈöãóÇ ÊóÚúãóáõæäó

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman takutlah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri itu memerhatikan apakah yang akan dipersembahkan di hari esok ( Hari Akhirat kelak di hadapan Allah Ta’ala ) dan takutlah kamu kepada Allah . Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang kamu lakukan “ .

{ 2 } ~ Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 235 :


æóÇÚúáóãõæÇú Ãóäøó Çááøåó íóÚúáóãõ ãóÇ Ýöí ÃóäÝõÓößõãú ÝóÇÍúÐóÑõæåõ æóÇÚúáóãõæÇú Ãóäøó Çááøåó ÛóÝõæÑñ Íóáöíãñ

Ertinya : “ ………. Dan ketahuilah , sesungguhnya Allah mengetahui apa yang berada di dalam hati-hati kamu , maka berhati-hatilah . Sesungguhnya Allah Amat Pengampun Lagi Amat Lemah-Lembut “ .

{ 3 } ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäøóåõ ÞóÇáó áóÇ íõáúÏóÛõ ÇáúãõÄúãöäõ ãöäú ÌõÍúÑò æóÇÍöÏò ãóÑøóÊóíúäö

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w bersabda : “ Seseorang beriman itu tidak akan dipatuk / disengat daripada lubang yang sama sebanyak dua kali “ ~ HADIS SAHIH diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh ( 2 / 379 ) , al-Imam al-Bukhari rh ( 10 / 6133 ) , al-Imam Muslim rh ( 4 / 2998 ) , al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 4862 ) , al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 3982 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie as-Soghir “ ( 9985 ) .

Seperkara lagi yang biasa dijadikan dalil kepada amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini ialah sebuah hadist :


ÅöÐóÇ ÃóóóÊóì Úóáóíóóøó íóæúãñ áóÇ ÃóóÒúÏóÇÏõ Ýöíåö ÚöáúãðÇ íõÞóÑöøÈõäöí Åöáóì Çááå öÚóÒøó æó Ìóáøó ÝóáóÇ ÈõæúÑößó áöí Ýöí ØõáõæÚö ÇáÔøóãúÓö Ðóáößó Çáúíóæúãö

Ertinya : “ Apabila datang kepadaku satu hari , yang tidaklah aku berjaya meningkatkan ilmu yang mendekatkan diriku kepada Allah ‘Azza Wa Jalla di dalamnya , maka tiadalah diberkati diriku ini pada matahari yang terbit di hari itu “ ~ diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rh di dalam “ TARIKH BAGHDAD “ ( 6 / 100 ) , al-Imam al-Haitsami di dalam “ al-MAJMA’ “ ( 1 / 136 ) dan al-Imam at-Tobrani rh di dalam “ al-AWSOT “ .

Hadis ini SEBENARNYA BUKANLAH HADIST SAHIH YANG MEYAKINKAN KITA BAHAWA IA BERPUNCA DARIPADA SABDA BAGINDA RASULULLAH S.A.W . :non

Ini disebabkan hadist itu berstatus : DHOI’EF ( Lemah ) disebabkan di dalam sanad ( susur-galur jalan periwayatan hadis itu ) ada seorang periwayat yang bernama : “ al-Hakim Bin Abdullah “ . Dia telah dihukum sebagai : PENDUSTA oleh al-Imam Abu Hatim rh .

Walaupun hadis di atas adalah hadis yang bersangatan lemahnya , akan tetapi untuk kita menerimanya sebagai KATA-KATA HIKMAH tiadalah salahnya . Apatah lagi ia sendiri tidaklah bertentangan dengan ayat-ayat dan hadis di atas dan bersesuaian pula dengan ajaran Islam yang menggesa agar kita sentiasa menambah ilmu dan amal kita sehari-hari .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATHUL BARY : SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI RH
Oleh : Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Jilid : 12 , ms : 161 , Hadis : 6133
Terbitan : Darul Fikr , Beirut

2 – MAU’IDZOH al-MUKMININ MIN IHYA’ ULUMIDDIN
Oleh : al-Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rh
Komentar hadis oleh : asy-Syeikh Yasir Bin Muhammad Arrif Abu Miz
Halaman : 23 , 561 - 566
Terbitan : Dar Ibn Rajb , el-Mansoorah & Fariskor , Dimyat

3 – al-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : al-Imam as-Suyuthi rh
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
12 / Jumadi Awwal / 1424 H
12 / Julai / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum