Sanad Diambil Kira Sehingga Penyusun Kitab Hadis Sahaja..

Primary tabs

1. Bila Imam al-Bukhari menyatakan hadis tanpa sanad, ia perlu dicari di dalam kitab hadis lain. Beliau tidak menyatakan sanad, kerana ia tidak menepati syaratnya dan ia diletakkan sebagai tajuk bab.
2. Tersebarnya hadis palsu disebabkan guru agama yang menyebarkannya. Hadis palsu adalah ibarat fatamorgana. Hanya sia-sia siapa yang mengejarnya.
3. Hadis Dhaif masih boleh diamalkan dalam perkara fadha'il
4. Kun-yah (gelaran) adalah sesuatu yang penting dalam sanad.
5. Apa maksud waham (terkeliru) dalam periwayatan.

6. Banyak hikmah mengapa asas agama disandarkan pada zaman ramai yang kuat ingatan. Sanad diambil kira setakat kepada penyusun kitab Hadis. Selepas itu sanad berperanan untuk ambil berkat, meneruskan tradisi periwayatan dan ia mempunyai beberapa kelebihan lain. Sanad selepas zaman penyusunan kitab tidak menjejaskan sahih atau dhaif sesebuah hadis.
7. Antara syarat beramal dengan Hadis Dhaif jiddan (terlalu lemah):
- Tidak boleh beri'tikad ia dari Nabi s.a.w.
- Tidak boleh menganggap mengamalkannya akan memperoleh pahala.
8. Contoh Hadis Dhaif Jiddan, menyapu muka selepas solat. Amalan ini hanya diamalkan di Nusantara sahaja. Di negara-negara lain tidak diamalkan.

{youtube width="600" height="420"}Z-wqZNKNfSw{/youtube}