SJ - 2935: Pendapat Tentang Alkohol

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2935: Pendapat Tentang Alkohol

:salam
Kebanyakan vanilla flavor yg dijual di United States (USA) mengandungi alkohol. ie bahan utama flavor tersebut ialah extrak vanilla dan alkohol (2%-35%). Dan kebanyakan biskut2 yg dijual di pasaran sama ada di Malaysia (mungkin tak berapa banyak) dan di US mengandungi vanilla flavor. Apakah hukum yg berkaitan bila kita memakan biskut atau kek atau minuman yg mengandungi vanilla flavor tersebut. Vanilla ini juga disahkan terdapat dlm minuman Pepsi dan tidak didalam minuman coca cola. Ini kerana ana mendapat email bahawa coca cola mengandungi alkohol sedangkan dinafikan oleh coca cola company sendiri. (sejauh mana kebenarannya Allah lebih Mengetahui).
Selain itu ada pendapat mengatakan bahawa alkohol yg dicampur dalam masakan (steak/daging)adalah bertujuan untuk melembutkan daging tersebut. Dan sehingga mencapai suhu masakan yg tertentu, dikatakan bahawa sudah tiada lagi elemen alkohol dlm masakan tersebut. So pendapat tersebut mengatakan daging masakan tadi halal dimakan. Dan the ini berbeza dgn masakan yg memang dicampur sesetengah jenis wine utk menambah rasa masakan tersebut.Boleh pihak tuan bawakan hujjah2 yg berkaitan masalah diatas. Syukran jazilan.

Re: SJ - 2935: Pendapat Tentang Alkohol

:wassalam
Jawab:
Di Malaysia, segala produk makanan dan minuman yg mendapat label HALAL-JAKIM, maka Halal-lah dimakan dan di waktu yg sama terdapat pula usaha-usaha gigih negara2 Islam dalam mendapatkan satu persijilan Halal antarabangsa yg standard bagi seluruh dunia semisal ISO 9001.
Mengenai isu alkohol dalam Vanilla, vanilla dalam minuman PepsiCola, alkohol dalam proses pembikinan steak dan wine dalam masakan, ia sukar dipastikan kerana anda pun mendapat maklumat melalui sumber yg tidak resmi. Bila banyak sangat rumours (khabar angin) kembalilah pada ayat 6 surah alHujurat.
P/S: pendapat kami tentang alkohol sudah ada dalam archive. cuma kami tidak dapat memberi hukum dalam perkara2 yg samar-samar dan tidak pasti. Oleh itu anda hendaklah memakan barangan yg ada perlabelan Halal sahaja. WA