SJ - 3106 : [Z] Azan Untuk Sembahyang Hari Raya

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3106 : [Z] Azan Untuk Sembahyang Hari Raya

:salam

Sesetengah ustaz dan ulamak di Malaysia ini mengatakan ada bidaah hasanah dalam soal ibadat. Contohnya seperti tahlil kematian selama 3 hari, 7 hari dan sebagainya. Ini kerana tahlil itu ada asas dalam ibadat dan tidak salah berkumpul beramai-ramai di rumah si mati bertahlil dan berdoa untuknya walaupun ianya tak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. , sahabat2 dan para imam2 mazhab. Pokoknya ianya perkara yg baik. Lagi pun kata mereka, tiada hadith Nabi s.a.w. melarang perkara ini. Satu lagi kata mereka, apa yg baik (soal ibadat) pada pandangan masyarakat, akan dipandang baik juga oleh agama.

Bersandarkan kepada alasan di atas, bolehkah kita melaungkan azan sebelum sembahyang hari raya atau sembahyang jenazah. Azan adalah perkara baik yang menandakan panggilan solat. Lagi pun tiada hadith Nabi s.a.w melarang azan sebelum solat hari raya dan solat jenazah. Bolehkah ini dikategorikan bidaah hasanah?

Harap dapan jawapan dari pihak panel.

Terima kasih.

:wassalam :confused:

Re: Azan Untuk Sembahyang Hari Raya

:salam

Perlu difahami apa yg dimaksudkan bid’ah hasanah. Bid’ah hasanah tidak asal dalam deen dan tidak mendapat tempat dalam deen.

Syarat Yang Harus Dipenuhi Dalam Ibadah
Perlu diketahui bahwa mutaba'ah (mengikuti Nabi S.A.W) tidak akan tercapai kecuali apabila amal yang dikerjakan sesuai dengan syari'at dalam enam perkara.

Pertama: Sebab
Jika seseorang melakukan suatu ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak
disyari'atkan, maka ibadah tersebut adalah bid'ah dan tidak diterima (ditolak). Contoh: Ada orang yang melakukan solat tahajud pada malam dua puluh tujuh bulan Rajab, dengan dalih bahwa malam itu adalah malam Mi'raj Rasulullah S.A.W (dinaikkan ke atas langit). Solat tahajud adalah ibadah, tetapi kerana dikaitkan dengan sebab tersebut menjadi bid'ah. Kerana ibadah tadi didasarkan atas sebab yang tidak ditetapkan dalam syari'at. Syarat ini: ibadah harus sesuai dengan syari'at dalam sebab - adalah penting, kerana dengan demikian dapat diketahui beberapa macam amal yang dianggap termasuk sunnah, namun sebenarnya adalah bid'ah.

Kedua: Jenis
ibadah harus sesuai dengan syari'at dalam jenisnya. Jika tidak, maka tidak diterima. Contoh : Seorang yang menyembelih kuda untuk qorban adalah tidak sah, kerana menyalahi ketentuan syari'at dalam jenisnya. Yang boleh dijadikan qorban yaitu unta, sapi dan kambing.

Ketiga: Kadar (Bilangan)
Kalau seseorang yang menambah bilangan raka'at suatu solat, yang menurutnya hal itu diperintahkan, maka solat tersebut adalah bid'ah dan tidak diterima, kerana tidak sesuai dengan ketentuan syari'at dalam jumlah bilangan rakaatnya. Jadi, apabila ada orang solat zhuhur lima raka'at, umpamanya, maka solatnya tidak sah.

Keempat: Kaifiyah (Cara)
Seandainya ada orang berwudhu dengan cara membasuh tangan, lalu muka, maka tidak sah wudhunya kerana tidak sesuai dengan cara yang ditentukan syari'at.

Kelima: Waktu
Apabila ada orang yang menyembelih binatang qorban pada hari pertama bulan Dzul Hijjah, maka tidak sah, kerana waktu melaksanakannya tidak menurut ajaran Islam. Saya pernah mendengar bahwa ada orang bertaqarrub kepada Allah pada bulan Ramadhan dengan menyembelih kambing. Amal seperti ini adalah bid'ah, kerana tidakada sembelihan yang ditujukan untuk bertaqarrub kepada Allah kecuali sebagai qorban, denda haji dan akikah. Adapun menyembelih pada bulan Ramadhan dengan i'tikad mendapat pahala atas sembelihan tersebut sebagaimana dalam Idul Adha adalah bid'ah.
Kalau menyembelih hanya untuk memakan dagingnya, boleh saja.

Keenam: Tempat
Andaikata ada orang beri'tikaf di tempat selain masjid, maka tidak sah i'tikafnya. Sebab tempat i'tikaf hanyalah di masjid. Begitu pula, andaikata ada seorang wanita hendak beri'tikaf di dalam mushalla di rumahnya, maka tidak sah i'tikafnya, kerana tempat melakukannya tidak sesuai dengan ketentuan syari'at, Contoh lainnya : Seseorang yang melakukan thawaf di luar Masjid Haram dengan alasan kerana di dalam sudah penuh sesak, tahawafnya tidak sah, kerana tempat melakukan thawaf adalah dalam Baitullah tersebut, sebagaimana firman Allah Ta'ala,
"Dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf."(Surah Al-Hajj : 26).

Kesimpulan dari penjelasan di atas, bahwa ibadah seseorang tidak termasuk amal soleh kecuali apabila memenuhi dua syarat, yaitu :
i. Ikhlas
ii. Mutaba'ah.

Dan Mutaba'ah tidak akan tercapai kecuali dengan enam perkara yang telah dihuraikan tadi.

Berbalik pula kepada azan dan iqamah ketika solatul id. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah melakukannya, para sahabat juga tidak pernah melakukannya. Bahkan ia diperbincangkan dari kalangan para sahabat. Oleh kerana, Nabi S.A.W tidak buat, maka para sahabat pun tidak melakukannya.

[="#000080" size="3"]

æ ÍÏËäí þ þãÍãÏ Èä ÑÇÝÚ þ þÍÏËäÇ þ þÚÈÏ ÇáÑÒÇÞ þ þÃÎÈÑäÇ þ þÇÈä ÌÑíÌ þ þÃÎÈÑäí þ þÚØÇÁ þ þÚä þ þÇÈä ÚÈÇÓ þ þæÚä þ þÌÇÈÑ Èä ÚÈÏ Çááå ÇáÃäÕÇÑí þ þÞÇáÇ áã íßä íÄÐä íæã ÇáÝØÑ æáÇ íæã ÇáÃÖÍì Ëã ÓÃáÊå ÈÚÏ Ííä Úä Ðáß ÝÃÎÈÑäí þ
þ ÞÇá ÃÎÈÑäí þ þÌÇÈÑ Èä ÚÈÏ Çááå ÇáÃäÕÇÑí þ þÃä áÇ ÃÐÇä ááÕáÇÉ íæã ÇáÝØÑ Ííä íÎÑÌ ÇáÅãÇã æáÇ ÈÚÏ ãÇ íÎÑÌ æáÇ ÅÞÇãÉ æáÇ äÏÇÁ æáÇ ÔíÁ áÇ äÏÇÁ íæãÆÐ æáÇ ÅÞÇãÉ


Dikhabarkan dari Muhammad bin Rafi’ dikhabar dari Abdurrazaq Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: “Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: “Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.” [Riwayat Muslim, Juga Abu Daud dan Tirmidzi]

Berkata Ibnul Qayyim:
"Beliau S.A.W apabila tiba di musolla (tanah lapang), beliau memulai solat tanpa azan dan tanpa iqamah, dan tidak pula ucapan " ÇáÕáÇÉ ÌÇãÚÉ". Yang sunnah semua itu tidak dilakukan. [Zaadul Ma'ad 1/442]

Imam As-Shan'ani berkata dalam memberi komentar terhadap atsar-atsar dalam bab ini :
"Ini merupakan dalil tidak disyariatkannya azan dan iqamah dalam solat Id, kerana (mengumandangkan) azan dan iqamah dalam solat Id adalah bid'ah" [Zaadul Ma'ad 1/442]

================
Rujukan:
1. Al-Ibdaa' fi Kamaalis Syar'i wa Khatharil Ibtidaa', Syeikh Muhammad bin Sholeh Al-'Utsaimin,
2. Ahkaamu Al' Iidaini Fii Al-Sunnah Al-Muthahharah, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari

Re: SJ - 3106 : [Z] Azan Untuk Sembahyang Hari Raya

wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr oghe_kelate dari Ipoh dengan kadar kemampuan yang ada.

Terima kasih Ustaz Zayed. Kamin akan menyentuh secara umum sahaja mengenai isu ini. Bab bid'ah hasanah dan bid'ah sai'ah (buruk) ini kami kira tidak perlu dipanjangkan lagi perbicaraannya. Memang kebanyakkan yang mendokong perbuatan bid'ah hasanah akan mengatakan, penambahan yang mereka buat itu baik walaupun Nabi tak buat. Bagi yang mengatakan semua bid'ah yang menyentuh ibadat itu sesat berdasarkan kepada hadith Nabi saw, diantara sabda beliau adalah:-

[="#800000" size="3"]ßáø ãÍÏËÉ ÈÏÚÉ æßáø ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
"Setiap perkara yang baru itu bid'ah, setiap bid'ah itu Sesat, dan setiap yang sesat itu akan masuk kedalam Api Neraka" - (Diriwayatkan oleh Al-Nassa'i didalam Al-Sunan. Riwayat yang mempunyai makna yang sama diriwayatkan melalui Jabir (r.a.), oleh Ahmad, melali al-'Irbaad ibn Saariyah, oleh Abu Daud, dan melalui Ibnu Mas'ud (r.a.) oleh Ibnu Majah).

Skop bid'ah ini boleh sdr link diantaranya didalam link dibawah ini: -

1. Bid'ah : satu tinjauan

2. Bid'ah baik dan Bid'ah buruk - Al-Qardhawi

Dari segi bahasa, bid'ah ini membawa erti INOVASI atau RekaCipta. Sebenarnya jika lihat skop BID'AH yang lebih luas, daripada kita tumpukan perhatian melakukan inovasi keatas ibadat yang sedia ada, elok lagi kita tumpukan kepada bid'ah-bid'ah yang menguntungkan masyarakat. Bid'ah atau Inovasi ini perlu bagi mempertingkat masyarakat Islam. Research and development keatas hal-hal dunia amat diperlukan bagi mempertahankan maruah dan kemuliaan Islam. Islam cuma mengharamkan BID'AH didalam ibadat!! Hal-Hal dunia, digalakkan melakukan bid'ah atau inovasi. Didalam hal ibadat, kreativiti tidak diperlukan! Kenapa? Kerana ibadat itu sudah cukup dan sempurna apabila Nabi saw meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu.

Mungkin ada yang bertanya, seperti yang saudara keutarakan, NABI TAK LARANG PUN. Islam membezakan antara perkara ibadat dan bukan ibadat. Kita ulangi kembali kedua-kedua perbezaan prinsip ini:-

(1) Ibadat khusus

[="#0000ff" size="3"]ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÊæÞÝ
"Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan".

Maknanya, setiap perkara yang dilakukan didalam ibadat mesti ada dalil! Jika tidak ada dalil, hukumnya adalah terhenti = dilarang. Adalah menjadi sunnah untuk kita meninggalkan apa yang Nabi saw tidak buat didalam soal-soal ibadat. Contoh yg sdr bawa seperti azan untuk solat eid, Nabi saw tidak melakukan, maka adalah menjadi sunnah untuk kita tidak melakukannya, dengan alasan setiap ibadat mesti ada dalil, kalau tidak ia terhenti disitu!

Segala ibadat yang telah dilakukan oleh Nabi saw, adalah menjadi sunnah untuk mengekalnya sebagaimana sedia adanya. Ibadat mesti bersifat original atau authentik. Ia tidak boleh ditokok tambahkan. Ibnu Mas'ud berkata :-

[="#0000ff" size="3"]ÇÊÈÚæÇ æáÇ ÊÈÏÚæÇ¡ ÝÞÏ ßÝíÊã Úáíßã ÈÇáÃãÑ ÇáÚÊíÞ
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

(2) Bukan ibadat khusus

[="#0000ff" size="3"]ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÔíÇÁ ÇáÅÈÇÍÉ
"Asal sesuatu perkara itu harus (dibenarkan)"

Maknya, setiap perkara yang bukan ibadat khusus adalah HARUS hukumnya kecuali terdapat nas yang melarangnya. Sebagai contoh, Minum air sirap, Milo, nescafe dibenarkan tanpa dalil dari Al-Quran atau pun hadith, kecuali ada pengharaman, seperti ARAK.
----------------------

Maka, azan untuk memanggil solat eid dan juga solat jenazah adalah suatu Bid'ah yang terlarang didalam Islam. Ini adalah kerana Azan merupakan sebahagian dari pakej sunnah didalam Solat 5 waktu (termasuk Solat Jumaat). Selain dari solat ini, Azan tidak disyara'kan, kerana tidak ada contoh dari Nabi saw. Azan dan Iqamat merupakan sebahagian dari ibadat-ibadat sunat yang dilakukan sebelum dimulakan ibadat Solat, maka segala tindak-tanduknya mesti berdasarkan dalil. Samalah juga solat-solat yang lain, seperti Solat Naafil (sunat) seperti Duha, Qiam Ramadhan (Taraawih), Solat Ba'diyah, Solat Qabliyah, Solat Istisqa' dsb yang tidak disyara'kan azan sebelum melakukannya Solat tersebut.

Contoh bid'ah hasanah (inovasi yang tidak menyentuh ibadat khusus) yang dibenarkan seperti :- pada hari Eid pergi ke masjid dengan kereta, kalau dulu naik Unta, pergi ke Mekah dengan kapal terbang, melaungkan Takbir Eid melalui pembesar suara, menghantar kad ucapan eid menggunakan komputer, menghantar janazah dengan kereta janazah, ucapan takziah melalui e-mail, dsb.
-----------------

Kesimpulannya ialah tidak ada bid'ah hasanah didalam soal-soal ibadat kerana persoalan ibadat ini telah pun dilengkapkan oleh Nabi saw, Wujud bid'ah didalam soal-soal keduniaan, kerana urusan dunia ini tidak terhenti sehinggalah ke hari kiamat. Islam menggalakkan R&D, Inovasi (bid'ah) didalam hal-hal keduniaan. Tidak perlu lagi kita menilai semula atau melakukan sesuatu yang baru didalam soal-soal ibadat! BerBid'ahlah didalam soal-soal keduniaan, agar kita dapat melahirkan banyak saintis-saintis dan membawa kembali zaman kegemilangan Islam yang silam diabad ini. wallahu'alam.

wassalam

خيرالأمين