SU-000270: haid & istihadah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
SU-000270: haid & istihadah

assalamualaikum...

1..boleh tak saudara jelaskan bila kah tempoh yg dikatakan seorang wanita itu dikatakan benar2 telah suci drpd haid..?

2..andaikata tempoh suci seorang wanita itu... kurang drpd 15 hari.. dan kemudian dia telah didatangi semula darah berwarna merah seakan2 darah haid.. adakah itu dikira istihadah? dan jika benar ianya istihadah... bagaimana kah utk mengira tempoh istihadahnya telah tamat... seandainya darah itu sentiasa keluar secara berterusan.... tanpa henti...

3..apakah perkara2 yg boleh dilakukan dan perkara yg dilarang oleh seorang wanita yg istihadah...?

princess capricorn

ustaz (not verified)
Re: haid & istihadah

1.Para ulama berbeda pendapat dalam hal lamanya haid atau ukuran waktu keluarnya haid. Menurut Imam Mundzir, sekelompok ulama berpendapat bahawa haid tidak mempunyai batasan waktu minima ataupun maksima. Dengan demikian bila saja seorang wanita datang haid maka berlaku baginya hukum haid dan bila saja ia suci maka lepaslah dia dari hukum-hukum haid itu. Jadi apa yang anda alami ini adalah darah haid sedangkan darah istihadah atau darah penyakit adalah darah wanita yang keluar terus menerus tanpa henti kalaupun berhenti hanya sebentar. Untuk lebih jelas anda dicadangkan membaca buku tentang haid dan istihadah ini, kerana pembahasan dua darah ini agak panjang.

2.bagi madhhab Asy-Syafii tempoh haid yang paling kurang bagi seseorang perempuan ialah sehari semalam, paling sederhananya ialah tujuh hari tujuh malam dan tempoh paling lama sekali ialah lima belas hari. Darah yang keluar selepas itu tidak lagi dikira sebagai darah haid sebaliknya dikira sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

ada juga dikalangan ulamak kebelakangan ini yang membezakan antara darah haid dengan darah yang bukan haid melalui rupa dan warna darah itu sendiri, sebagaimana yang dinakalkan oleh Sayyid Sabid dalam kitabnya Fikih As-Sunnah. Dalam situasi seseorang itu di datangi haid sebanyak dua kali sebulan, jika wanita tersebut dapat membezakan antara warna darah haid dengan dengan warna darah istihadah, hendaklah ia beramal dengan kemampuannya membezakan antara kedua warna ini.

jika ia tidak dapat mengeceam antara keduanya hendaklah ia mengikut bilangan hari yang paling panjang apabila seseorang itu didatangi haid iaitu selama 15 hari 15 malam. Dengan lain perkataan jika haidnya yang pertama kali datang ialah mencukupi tempoh haid yang paling panjang dalam madhhab Syafi'i iaitu selama 15 hari, maka darah yang keluar buat kali kedua itu bukan darah haid sebaliknya lebih dikenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

yang terlibat dikehendaki bersuci, kemudian menyumbat alat kelaminnya dengan tuala pelekat seterusnya bersegera mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Kesemua ini dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat.

Re: SU-000270: haid & istihadah

:salam

Jazakallah kpd ustaz_syazwan

Sila guna search engine Al-Ahkam menggunakan kekunci:
Istihadah atau Istihadhah

Sila click URL di bawah utk keterangan lanjut:

SJ-2516: HAIDH DAN ISTIHADAH

SJ 1921: ISTIHADAH