(Ceramah Ulama Syiah Melayu?) Tentang Wiladah Fatimah Az Zahra

Primary tabs

Ceramah Ulama Syiah Melayu Tentang Wiladah Fatimah Az Zahra
Video terbitan Al Hujjat Malaysia.  Ceramah sempena mengenang kelahiran Fatimah Az Zahra. Di awal ceramah, cara mereka berselawat sama seperti cara berselawat golongan Syiah sewaktu diserbu oleh JAIS baru-baru ini. Cara berpakaian dan serban pencermahnya juga mirip pakaian ulama Syiah Iran. Dan jangan terkejut, pada minit 10:17 dalam ceramah ini mendakwa bahawa Fatimah Az Zahra itu adalah Laitalul Qadr.


{google}-8617981179200360983{/google}


Al Hujjat Malaysia boleh dilawati diblognya di: http://alhujjatmalaysia.blogspot.com/ Di sini akan ada link-link ke sumber-sumber Syiah dan video-video kelas pengajian Syiah. Antaranya ialah tentang imamah, akidah Syiah dan sebagainya.

Berikut ini petikan dari blog berkenaan asas Islam dan asas aqidah Syiah yang agak pelik berbanding dengan rukun Islam dan dan rukun Iman Ahlus Sunnah Wal Jamaah [Link]:

FURRU’DDIN (Cabang Agama – Fiqh)
Pelajaran 1
Furru’din ada 10 perkara, iaitu:
1. Solat
2. Saum – puasa
3. Haji
4. Zakat
5. Khumus
6. Jihad
7. Amr bil Ma’ruf – mengajak kepada kebaikan
8. Nahi anil Mungkar – mencegah kemungkaran
9. Tawalla – memperwalikan Rasulullah dan Ahlu BaitnyaTabarra – berlepas diri dari musuh Rasulullah dan Ahlu Baitnya

USULUDDIN (Asas-Asas Agama-Akidah)
Pelajaran 1
Asas yang paling petinng dalam ajaran Islam permasalahan akidah. Dalam akidah terdapat 5 perkara yang asas.
1. Tauhid
2. Adlah – keadilan Allah
3. Nubuah – kenabian
4. Imammah – kepimpinan selepas Rasulullah
5. Maad – Hari pembalasan