SJ-13-0149 : Nabi Yahya - John The Baptist

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0149 : Nabi Yahya - John The Baptist

Assalamualaikum,

Saya ingin mengajukan soalan mengenai kisah Nabi Yahya as antaralain dalam Quran menyebut tentang baginda adalah anak nabi Zakaria dan juga salah seorg Nabi kepada kaum bani israil dizaman Maryam dan kalau tidak silap pada zaman Nabi Isa as.

Mungkin juga saya tersilap kerana mengikut sumber israilliyiat beliau wafat dibunuh gov rome termasuk begitu juga Nabi Zakaria as.

Dalam Kristian Nabi Yahya dikaitkan dengan John the baptist yg mana sejarahnya banyak mengelirukan dari segi siapa John, bila John hidup dan di mana beliau berdakwah.

Sukacita kiranya panel dapat sedikit sebanyak mengumpul kisah yang sahih mengenai kedua Nabi Allah ini.

Jazakallah

SJ-13-0149 : Nabi Yahya - John The Baptist

:wassalam

Harap ma'af kerana soalan anda sudah lama tersadai. Ini kerana jawapan kepada soalan anda ni ada dalam kitab2 Qisyasyul Anbiya' (Kisah Nabi2) yg banyak berada di pasaran. Yang terbaik ialah Kisah Para Nabi oleh alHafidz Ibn Kathir yg diterjemah oleh alHafidz Abu Hasan Din, Penasihat Agama Istana Negara. Ini sebenarnya dari kitab Bidayah wal Nihayah oleh Ibn Kathir.

Ibn Kathir banyak guna surah Maryam. Maka jika anda nak tahu siapa John, baca surah tsb.

secara ringkas, Yahya bin Zakaria AS atau John the Baptist ialah sepupu kepada Isa (Jesus) AS. Keunikan John ialah dia lahir ketika Zakariya dan lanjut usia dan ibunya sudah menopause. Ini suatu mukjizat yg menakjubkan. Manakala Jesus pula lahir tanpa bapa dari Virgin Mary (Maryam yg suci/dara). Dalam Bible, dinamakan John the Baptist, sebab John ialah yang menguruskan urusan baptism Nabi Isa, Baptism ialah upacara kesyukuran dan mengkristiankan bayi spt akikah dalam agama kita.

John (Yahya) ni hidup di zaman Isa. Mengikut cerita Ibn Kathir, John di bunuh oleh Raja Bani Israel sendiri kerana dia menghalang Raja Israel dari menikah dengan mahramnya sendiri (menikah sesama mahram adalah haram dalam syari'at Taurat, sama dgn syari'at kita)

sekian