SJ-05-0065 : Masjid 2 Tingkat......

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0065 : Masjid 2 Tingkat......

:salam

- Pembinaan masjid 2 tingkat.....bagaimanakah ciri pembinaan masjid 2 tingkat agar menepati dari segi hukum untuk jemaah bersolat??...sbb saya pernah terdgr (mungkin silap dgr) salah seorg ahli jkuasa syariah negeri perak memberikan ciri2 yg patut ada....mestilah tangga untuk naik ke atas mengadap kiblat....harap pihak panel memperincikan lagi

- Hukum bagi makmum yang bersolat di tingkat atas sedangkan imam berada di bawah dan bagaimana sebaliknya?

Sekian terima kasih.

Re: Masjid 2 Tingkat......

:wassalam

Jawab:
Fatwa Prof Dr alImam alMujtahid Yusof Abdallah alQardhawi:

Sesuatu yg tidak dapat dielakkan di zaman moden dengan kepadatan penduduk dan kos tanah yg mahal di banda2 besar, maka dibolehkan pembinaan mesjid ke atas (bertingkat). Maslahatnya lebih besar dari berbahas mengenai hukumnya, kerana ia jelas dapat menampung bilangan jama'ah yang ramai.

Lihat saja mesjidil Haram yang dibina begitu besar, dua tingkat dan di musim Haji, bumbungnya juga dapat dijadikan tempat solat.

Maka pembinaan mesjid bertingkat ini mendatangkan manfa'at terutamanya ketika hari Juma'at.

[Qardhawi, Dhawabith alSyar'iyah li Binaa il Masaajid,Cairo: maktabah Wahbah 1999]

menjawab soalan anda:

1. tangga mesjid mengadap kiblat adalah perincian yang merupakan pendapat peribadi beliau sahaja kerana tidak boleh mempersulit dalam agama dengan mencipta sesuatu hukum yg asalnya tiada.

2. makmum di tingkat atas dan Imam di tingkat bawah tidak ada masalah kerana Mesjidil Haram adalah contoh yg sebaiknya.

:aklam