SJ-1950: Masaalah Kotraktor.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1950: Masaalah Kotraktor.

Saye ingin mengemukakan beberapa masaalak kontraktor yang berkait dengan amalan rasuah, diharap dapat penjelasan dari pihak ustaz.
1. Sekiranya kontraktor diperlukan unt menjemput penguasa bagi tujuan pemeriksaan dsb. kelazimannya Penguasa tersebut akan dibawa makan ditempat yang agak baik. maklumlah tengaharikan masa makan. adakah amalan ini termasuk dalam kategori rasuah?. Sekiranya dilakukan sehingga waktu malam dengan mengunjugi pusat2 hiburan memanglah jelas rasuahnya,
2.sekiranya sesebuah Syarikat tersebut adalah dikatakan bersih dari segi rasuah, tetapi dia mendapat projek melalui kawan kawan (Main kontraktor) yang mengamalkan rasuah bagi melobi projek, adakah dia dikira bersubahat juga? > dengan lebih jelas lagi ada kumpulan kontraktor yang membantu (dari segi kerja) pada puak puak rasuah ini bagi menyediakan kepakaran, memandangkan puak-puak tersebut hanya tah u mendapatkan projek 2 percent sahaja.

Re: SJ-1950: Masaalah Kotraktor.

Jawab:
1. Apabila bertembung antara dua amalan: mera'ikan tetamu atau rasuah ia dikembalikan kepada niat. Jika mera'ikan Penguasa itu atas dasar makan tengahhari yg biasa sebagai tetamu syarikat, maka tidak ada salahnya. tapi jika diberi makan tengahhari yg luarbiasa melebihi kebiasaan dan ada udang disebalik mee, maka itu adalah rasuah jika ada tujuan untuk mempengaruhi keputusan Penguasa.
2. a) sub-contractor yg bersih tapi mendapat business dari main contractor yg mengamalkan rasuah. Dalam keadaan biasa mengikut Qawaid fiqhiyah 'atTaabi' Taabi' maksudnya hukumnya sama bagi pengikut yg mengikut. Jika main contractor atau kepalanya rasuah, maka siapa saja yg terlibat dengannya juga dikira bersyubahat. Inilah dasar Islam yg kukuh dalam menegakkan ma'ruf dan mencegah apa juga kemungkaran (amr ma'aruf-nahy mungkar) AQ 3:104
2 b) ada sekumpulan kontraktor yg membantu kpd puak rasuah untuk dapatkan projek. Hukumnya: mengikut Qawaid Fiqhiyah: "atTaabi' La yafrad bil Hukm' maksudnya "pengikut tidak terpisah dari Hukum", maka dikira sama saja. Dan orang beriman tidak bantu-membantu dalam urusan maksiat dan perlanggaran. AQ 5:2 (Ruj: Teks Qawaid Fiqhiyah, Pustaka Salam)