SJ-12-0108 : No interest, tapi cash lagi murah!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0108 : No interest, tapi cash lagi murah!

:salam

Kepada panel fiqh, ada satu persoalan, agak mudah. Ana tak sure, tapi rasanya mcm riba je.... begini

Sebuah kedai menjual laptop, harga laptop tersebut adalah RM2000 bayaran ansuran bulanan tanpa interest. Tetapi kepada mereka yang ingin membeli tunai harganya cuma RM1899.

Apa hukumnya? Ia cukup famous di Australia, tapi taksure di M'sia dah ada ke belum

:wassalam

SJ-12-0108 : No interest, tapi cash lagi murah!

:wassalam

alJawab:

Di Malaysia sudah lama dibolehkan urusniaga kredit ini. istilah fiqh Mu'amalat ialah BBI (Bai' bi Thaman al ajil) atau bai' b i attaqsith atau jualan kredit secara tertangguh. Bank2 Syari'ah di Malaysia telah menawarkan pakej pembiayaan kereta dan rumah menggunakan skim BBI tsb.

Ia dibolehkan oleh jumhur fuqaha' (ahli feqah), Ibn Qudamah, alMughni: IV/259. Muhaqqiq yg membolehkan ialah Imam Syaukani, V/250 dan Syaikhul Islam IT, majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam: XXIX/500.

Dalil:
HR Daruqutni dari Abdull bin Amr ra, bahawa Nabi saw memerintahkan beliau membeli unta dari orang ramai utk kegunaan perang dan akan dibayar balik dgn dua ekor unta. Ibn Hajr, alFath: IV/419 berkata sanadnya kuat.

Ruj: Dr alAmin Ahmad, Hukm Bai' bil atTaqsith, Dar alSalafiyah, Makkah , 1993

sekian